Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2026
in Action, Anime, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco dan pembangun Dimps telah berkongsi gameplay baharu untuk Dragon Ball Xenoverse 3, yang menjelaskan lebih lanjut tentang sistem permainan, social space, dan mekanik combat bagi sekuel ini. Action RPG ini akan dilancarkan pada tahun 2027 bagi PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam.

Berlatarkan era AGE 1000, pemain akan mengawal custom protagonis ciptaan sendiri untuk bertarung bersama para pahlawan legenda. Gameplay baharu Xenoverse 3 mendedahkan bagaimana hubungan tersebut mempengaruhi kemajuan watak, customization, dan corak combat.

Customization dan Social Hub

Demo gameplay dimulakan dengan bilik peribadi pemain. Pada awal permainan, bilik tersebut nampak berselerak dan tidak terurus. Namun, dengan bantuan robot peneman terapung bernama COA, pemain boleh mengemaskannya sebelum menghias ruang, menyusun semula perabot, dan mengubah suai penampilan avatar sendiri.

Seterusnya, video memaparkan West City yang berfungsi sebagai online hub. Di sini, pemain bebas meneroka bandar, berinteraksi dengan NPC, dan berkumpul dengan pemain lain untuk membentuk squad sebelum memulakan misi.

Misi Skuad dan Combat

Video kemudian memaparkan seorang ahli baharu Great Saiya Squad yang sedang menjalankan “Special Mission” di kawasan glasier. Pemain boleh bekerjasama dalam skuad sehingga empat orang untuk melawan gelombang musuh sebelum berhadapan dengan boss yang kuat seperti Broly daripada siri Dragon Ball Super. Jika ada rakan sekumpulan yang tewas, pemain lain boleh menghidupkan mereka semula dengan berdiri berhampiran untuk seketika.

Dalam combat, “Battle Style” yang dipilih akan mempengaruhi “combo chain” dan “move set” watak secara langsung. Kami ditunjukkan perbandingan antara avatar Saiyan yang menggunakan combo gaya Vegeta, dengan avatar Earthling yang menggunakan gerakan ikonik Goku.

Pengurusan Ki menjadi kunci utama untuk memenangi setiap pertarungan. Pemain boleh mengurangkan Ki pihak lawan menggunakan combo biasa, heavy charged strike, dan Super Attack. Apabila musuh kehabisan Ki, mereka akan mengalami “Ki Break”. Ini mendedahkan mereka kepada serangan “Break Smash”, iaitu gerakan finisher kuat yang menghasilkan impak damage lebih besar.

Menggunakan Kuasa Wira Klasik

Mekanik asas dalam Dragon Ball Xenoverse 3 bertumpu kepada hubungan rapat antara pemain dengan watak-watak ikonik siri ini. Hubungan tersebut diterjemahkan melalui tiga ciri gameplay utama:

  • Soul Assist: Sebaik sahaja Assist Gauge penuh, pemain boleh menyeru watak klasik Dragon Ball untuk melancarkan serangan ikonik mereka.
  • Soul Switch: Apabila Potential Meter penuh, pemain boleh menyerap roh wira pilihan untuk sementara waktu. Ini akan mengubah penampilan serta combat style pemai—seperti bertukar menjadi Future Trunks—dan mengurangkan cooldown gerakan khas.
  • Awakening: Pemain boleh mengaktifkan transformasi unik mengikut bangsa watak seperti Super Saiyan untuk mendapatkan peningkatan kuasa sementara. Dimps merancang untuk mendedahkan lebih banyak kaum dan gaya transformasi baharu sebelum pelancaran.

Setiap kali berjaya menyelesaikan misi, squad akan menerima laporan prestasi dan memperoleh ganjaran bagi menaik taraf kemahiran serta membuka gear baharu.

Dragon Ball Xenoverse 3 akan tersedia untuk PC (Steam), PlayStation 5, dan Xbox Series X|S pada tahun 2027.

Tags: Dragon Ball Xenoverse 3
ShareTweetSend
Previous Post

Lionsgate Buka Uji Bakat Untuk Watak Utama Filem Live-Action Naruto

Next Post

Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Witcher 3: Wild Hunt – Remastered Diumumkan Bersama Free Upgrade, Expansion Baru Akan Tiba Pada 2027
Remastered

The Witcher 3: Wild Hunt – Remastered Diumumkan Bersama Free Upgrade, Expansion Baru Akan Tiba Pada 2027

August 26, 2026
Demo Onimusha: Way of the Sword Terima Update Besar; Turut Tersedia Di Switch 2
Demo

Demo Onimusha: Way of the Sword Terima Update Besar; Turut Tersedia Di Switch 2

August 26, 2026
Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl
Berita

Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl

August 26, 2026
Next Post
Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

Marvel Rivals - Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd