Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Super Nintendo World Singapore Dijangka Siap Pada 2030

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
Super Nintendo World Singapore Dijangka Siap Pada 2030
Share on FacebookShare on Twitter

Sentosa Development Corporation (SDC) baru-baru ini mendedahkan Greater Sentosa Master Plan. Menerusi pelan ini, pihak SDC mengesahkan bahawa Super Nintendo World bakal dibina sebagai salah satu tarikan utama di Universal Studios Singapore (USS).

Pelan jangka panjang ini merangkumi pembangunan untuk menghubungkan Pulau Sentosa dengan pulau jirannya, Pulau Brani. Projek naik taraf ini akan membawa pelbagai hotel baharu, kemudahan pengangkutan, tarikan, serta kawasan pesisir pantai yang berwajah baharu. Salah satu projek utama yang menjadi tumpuan ialah pembinaan kawasan bertema permainan video yang imersif di Resorts World Sentosa (RWS).

@dinie_syahmi_ DINIE UNIVERSE (Episode 330) – Super Nintendo World at Universal Studios Singapore #Singapore ♬ International Love (feat. Chris Brown) – Pitbull

Pertama kali diumumkan pada tahun 2019, rancangan Super Nintendo World Singapore pernah tertangguh akibat pandemik. Walaupun tarikh pembukaan rasmi dan reka bentuk muktamad masih belum didedahkan oleh pihak Universal mahupun RWS, pelan induk menunjukkan projek ini akan dibangunkan selari dengan projek Waterfront Lifestyle Development milik RWS yang dijangka siap pada tahun 2030.

Apabila siap nanti, USS bakal menjadi taman tema Universal keempat di dunia yang menawarkan zon bertema Nintendo, selepas lokasi sedia ada di Osaka, Hollywood dan Orlando.

@maxmiess Mario Kart Bowser’s Challenge – Super Nintendo World 🏁 #mario #mariokart #epicuniverse ♬ 123start – cyrusaho

Biarpun senarai permainan untuk Singapura masih belum diumumkan, zon baharu ini dijangka membawakan konsep yang diinspirasikan daripada cawangan global yang lain.

Di negara lain, Super Nintendo World terkenal dengan penggunaan teknologi AR yang canggih serta gajet gamifikasi boleh dipakai. Pengunjung boleh menggunakan gelang tangan interaktif “Power-Up Bands” untuk mengumpul syiling maya, menyertai mini-game, serta berinteraksi secara fizikal dengan persekitaran di dalam taman tema tersebut.

Secara umum, tarikan utama di mana-mana zon Nintendo di taman tema Universal ialah Mario Kart: Bowser’s Challenge—sebuah permainan dark ride yang menggabungkan dunia sebenar dengan gogal AR. Melalui teknologi ini, pemain boleh berlumba di litar ikonik sambil membaling cangkerang ke arah pihak lawan. Selain permainan tersebut, pengunjung di Singapura boleh menjangkakan kafe bertema seperti Toad’s cafe, serta peluang untuk beramah mesra dengan watak kegemaran ramai seperti Mario, Luigi dan Princess Peach.

Tags: Super Nintendo World Singapore
ShareTweetSend
Previous Post

Walaupun Pelancaran Berjaya, 51 Kakitangan ‘Assassin’s Creed Black Flag Remake’ Masih Dipecat

Next Post

Lionsgate Buka Uji Bakat Untuk Watak Utama Filem Live-Action Naruto

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Lionsgate Buka Uji Bakat Untuk Watak Utama Filem Live-Action Naruto

Lionsgate Buka Uji Bakat Untuk Watak Utama Filem Live-Action Naruto

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd