Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2026
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah melancarkan gameplay pertama untuk Mega Man: Dual Override, yang memberikan gambaran lagi jelas tentang apa yang bakal tiba dalam siri aksi ikonik ini. Ditunjukkan semasa Gamescom 2026, trailer ini mengesahkan kemunculan Proto Man yang akan berganding bahu bersama Blue Bomber, di samping memperkenalkan boss baharu bernama Twinkle Girl.

Kisah permainan bermula di sebuah Pameran Robot besar-besaran. Tanpa Dr. Light, keadaan bertukar kecoh apabila robot-robot liar mula merosakkan bandar. Tanpa sesiapa yang mampu mengawal situasi huru-hara tersebut, Mega Man dan Proto Man perlu masuk campur untuk menewaskan robot-robot ini serta membongkar dalang di sebalik insiden tersebit.

Kemunculan Proto Man bukanlah sebagai watak cameo; dia boleh dimainkan sepenuhnya dengan move set tersendiri, untuk memberikan dua gaya permainan berbeza kepada pemain untuk menamatkan setiap stage.

Trailer tersebut turut memaparkan dua penambahan besar kepada formula klasik siri ini: sistem Override dan Custom Chips.

Sistem Override berfungsi sebagai mod supercharge berciri high-risk, high-reward. Mengaktifkannya akan memberi lonjakan kuasa yang sangat besar dalam masa singkat untuk menumbangkan musuh yang susah dengan pantas. Namun, ada risikonya. Sebaik sahaja masa tamat, robot anda akan masuk ke fasa cooldown sementara di mana prestasinya merosot. Jadi, tersilap kira masa boleh membuatkan pemain terdedah kepada serangan musuh.

Bagi menyeimbangkan keupayaan watak, sistem Custom Chip membolehkan kita mengubah suai loadout sebelum memulakan mana-mana stage. Anda boleh melengkapkan cip yang memberikan mobiliti tambahan seperti “hovering”, kelebihan defensif seperti “shield bubble”, atau kelebihan ofensif seperti “rapid-fire blasts”.

Bercakap tentang musuh pula, Twinkle Girl merupakan salah satu daripada lapan Robot Master baharu yang bakal diperkenalkan. Walaupun namanya nampak ceria, dia memiliki serangan bertema bunga api berkuasa letupan dan mampu menerangi seluruh arena. Peminat yang peka turut dapat melihat kelibat Astro Man daripada Mega Man 8, yang seolah-olah memberi petanda bahawa beberapa watak daripada game terdahulu mungkin akan membuat kemunculan.

Mega Man: Dual Override akan dilancarkan pada tahun 2027. Game ini akan tersedia untuk PC (melalui Steam dan Epic Games Store), PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S, Nintendo Switch, serta Switch 2.

Tags: Mega Man: Dual Override
ShareTweetSend
Previous Post

Bosan Dengan MOBA Biasa? Project ZETA Tawar Aksi 3v3v3v3 Tanpa Minion Farming

Next Post

Demo Onimusha: Way of the Sword Terima Update Besar; Turut Tersedia Di Switch 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Demo Onimusha: Way of the Sword Terima Update Besar; Turut Tersedia Di Switch 2

Demo Onimusha: Way of the Sword Terima Update Besar; Turut Tersedia Di Switch 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd