Semasa Gamescom Opening Night Live, CD Projekt RED bersama rakan pembangun Yigsoft telah mengumumkan The Witcher 3: Wild Hunt – Remastered. Versi naik taraf untuk RPG popular ini bakal dilancarkan pada 29 September bagi PlayStation 5, Xbox Series X/S, PC, dan Switch 2.
Berita lebih menarik! CD Projekt RED mengesahkan bahawa jika anda sudah memiliki The Witcher 3 di PS5, Xbox Series, atau PC (Steam, Epic Games Store, dan GOG), anda akan menerima versi Remastered sebagai free upgrade.
Bukan itu sahaja. Mana-mana pemain yang memiliki base game tetapi tidak pernah membeli story expansion turut boleh terus bermain segala DLC secara percuma. Bermula hari ini, semua pemilik sedia ada The Witcher 3: Wild Hunt akan menerima kedua-dua expansion Hearts of Stone dan Blood and Wine.
Kembali kepada topik asal. The Witcher 3: Wild Hunt – Remastered bukanlah peningkatan grafik biasa. Versi Remastered membawakan banyak penambahbaikan visual, ciri quality-of-life, serta penstrukturan semula kepada mekanik gameplay:
- Naik Taraf Visual dan Prestasi: Tekstur yang lebih tajam, pencahayaan yang ditambah baik, serta frame rate yang lebih lancar pada platform moden.
- Rombakan Combat dan Pergerakan: Mekanik pertempuran pedang dipertingkatkan, pergerakan lebih lancar, corak serangan raksasa dirombak, serta finishing move serba baharu.
- Rework kepada Witcher Signs & Mount: Kesan visual baharu untuk Witcher signs, bersama kawalan lebih responsif semasa menunggang kuda (Roach).
- Skill Tree Revamp: Sistem pembangunan watak yang diseimbangkan semula bagi memberi lebih fleksibiliti dalam membina build Geralt.
- Transmog System: Anda boleh mengubah rupa peralatan Geralt mengikut citarasa tanpa perlu mengorbankan status armour.
- Photo Mode Ditambah Baik: Tetapan kamera dan alatan tambahan untuk menangkap gambar menarik.
Bersama pengumuman remaster, CD Projekt RED turut bekerjasama dengan studio Fool’s Theory untuk menunjukkan teaser bagi expansion baharu bertajuk Songs of the Past, yang dijadualkan keluar pada tahun 2027.
Expansion ini memperkenalkan Letten, sebuah wilayah baharu yang terkenal dengan keindahan alam, festival musim menuai, serta cerita rakyat yang kaya. Namun di sebalik keindahan itu, ada ancaman kuasa jahat purba yang terpendam. Geralt akan dipanggil untuk berdepan dengan raksasa baharu dan membongkarkan rahsia gelap yang tersembunyi di kawasan tersebut.
Satu lagi kejutan menarik, CD Projekt RED turut bekerjasama dengan Blizzard Entertainment untuk membawakan The Witcher 3: Wild Hunt – Remastered dan Songs of the Past ke Battle.net.
Pemain yang membeli expansion ini melalui Battle.net akan menerima skin eksklusif berinspirasikan Geralt dalam Diablo IV. CD Projekt RED menyatakan bahawa maklumat lanjut tentang kolaborasi ini akan dikongsikan semasa BlizzCon pada September 2026.








Discussion about this post