LEVEL UP KL telah menjadi tuan rumah SEA Game Awards untuk tahun ke-4 berturut-turut! Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan kreativiti, kesenian dan kepintaran teknikal pembangun dan permainan terbaik dari seluruh rantau ini di samping menegakkan kecemerlangan kreatif dan teknikal dalam industri permainan video Asia Tenggara!
Walaupun iyanya dijalankan secara dalam talian tahun ini akibat pandemik COVID-19 yang berlarutan dan masih terjadi di Malaysia, acara ini tetap berjaya selesai dan melihat pelbagai industri permainan yang berjaya memboloti anugerah berprestij ini!
Dalam edisi keempat ini, SEA Game Awards 2020 akan memberi pengiktirafan kepada permainan video terpilih di Asia Tenggara dalam 10 kategori yang berlainan. Kategorinya adalah Grand Jury Award, Rising Star Award, Audience Choice Award, Best Technology, Best Visual Art, Best Game Design, Best Audio, Best Storytelling, Best Innovation dan Best Student Game.
Tanpa lengahkan masa jom lihat senarai pemenang tahun ini!
RISING STAR AWARD
Rising Star Award mengiktiraf permainan yang paling dinanti-nantikan yang akan dikeluarkan oleh studio permainan baru. Tahun ini kita menyaksikan permainan dari Thailand iaitu Fallen Knight dari Fairplay Studios yang berjaya memenanginya!
AUDIENCE CHOICE AWARD
Sebuah anugerah baru tahun ini, Anugerah Audience Choice mengiktiraf permainan dengan undian tertinggi dari penonton dan pemain di LEVEL UP KL 2020 Online. Tahniah beribu tahniah kepada pelajar dari UOW Malaysia KDU University College bagi permainan Don’t Stop The Party kerana memenangi anugerah ini!
BEST TECHNOLOGY
Best Technology pula mengiktiraf keunggulan keseluruhan teknologi dalam permainan – yang menggunakan teknologi canggih, berbilang pemain secara kreatif termasuk pengaturcaraan grafik, kecerdasan buatan dan rangkaian. Tahniah kepada pemenang iaitu Bake ‘n Switch dari Streamlines Games Malaysia!
BEST VISUAL ART
Best Visual Art mengiktiraf keunggulan keseluruhan seni visual dalam permainan – termasuk arah seni, animasi, pemodelan, reka bentuk watak, pembuatan tekstur, dan sebagainya. Dan pemenangnya juga dari Malaysia iaitu Short Creepy Tales: 7PM dari Cellar Vault Games! Tahniah!
BEST GAME DESIGN
Siapa sangka Short Creepy Tales: 7PM dari Cellar Vault Games juga memenangi anugerah ini! Best Game Design mengiktiraf keunggulan keseluruhan reka bentuk dalam permainan termasuk mekanik permainan, kebolehmainan, keseimbangan bermain dan reka bentuk tahap.
BEST AUDIO
Best Audio mengiktiraf kecemerlangan audio secara keseluruhan dalam permainan yang merangkumi kesan bunyi, komposisi & skor muzik, lagu asli, runut bunyi berlesen, reka bentuk suara, orkestrasi dll. Pemenang untuk tahun ini adalah dari Filipina iaitu Love Esquire dari Yangyang Mobile! Siapa sangka kan!
BEST STORYTELLING
Tahun ini anugerah ini dimenangi oleh A Space For The Unbound dari Mojiken Studio Indonesia! Best Storytelling mengiktiraf permainan dengan pengembangan penceritaan dan naratif yang paling luar biasa termasuk pembinaan plot, senario, cerita dan dialog.
BEST INNOVATION
Kali ini menampilkan sekali lagi wakil Malaysia memenangi anugerah ini. Best Innovation mengiktiraf permainan tunggal yang menunjukkan inovasi sejati, memajukan keadaan canggih, dan mendorong batas permainan sebagai media ekspresif. Tahniah kepada DeLight dari DreamTree Studio Sdn. Bhd.!
BEST STUDENT GAME
Best Student Game mengiktiraf permainan terbaik keseluruhan yang dikembangkan oleh pelajar dari rantau Asia Tenggara. Penantian yang amat membanggakan pada UOW Malaysia KDU University College sekali lagi kerana Don’t Stop The Party berjaya memenanginya!! Tahniah!
GRAND JURY AWARD
Anugerah yang paling dinantikan pada setiap tahun di SEA Game Awards! Tahun lepas kita menyaksikan GigaBash memenangi Grand Jury Award yang mengiktiraf permainan terbaik keseluruhan yang dipilih sebulat suara oleh para juri. Tahniah beribu tahniah kami ucapkan kepada Short Creepy Tales: 7PM dari Cellar Vault Games yang berjaya mendapatkannya untuk tahun ini!
Kami dari Gamer Santai mengucapkan beribu tahniah kepada semua pemenang terutama dari Malaysia kerana anda berjaya mengharumkan nama negara kita sekali lagi! Lagi-lagi Cellar Vault Games yang membawa permainan seram yang unik mereka dalam kemenangan tahun ini! Tahniah sekali lagi semua!
@gamersantaimy
Discussion about this post