Sebuah lagi permainan yang akan datang ke PC via Steam, dan lebih baik adalah ini adalah permainan dari studio tempatan Malaysia iaitu DreamTree Studio Sdn. Bhd!! DeLight adalah permainan pengembaraan berdasarkan kisah tentang seorang gadis buta bernama Sammy yang melakukan perjalanan untuk bersatu semula dengan ibu bapanya pada masa perang. Membantunya adalah anjing liar yang bernama Deli, satu-satunya pendampingnya dalam perjalanan ini.
Sepanjang perjalanan ini, kedua-duanya akan menjelajah kota yang hancur dalam mencari jalan keluar. Bersama-sama, mereka akan menghadapi banyak cabaran: menyelinap melalui zona bahaya, belajar tentang watak baru, dan menghadapi dilema yang sukar.
Mulakan perjalanan dengan Sammy!
DeLight adalah permainan pengembaraan bercerita yang memfokuskan kehidupan orang awam pada masa perang. Bermain sebagai Sammy, seorang gadis kecil yang bertekad untuk bertemu semula dengan ibu bapanya walaupun dia buta. Dengan dunia menjadi tidak baik, menemaninya sepanjang perjalanan adalah temannya yang bukan lah manusia tetapi seekor anjing liar bernama Deli, satu-satunya kegembiraan yang tersisa di dunia ini.
Ciri-ciri utama:
- Jelajahi dunia melalui lensa seorang gadis buta ketika dia melintasi kota yang dilanda perang.
- Kisah perang yang memfokuskan kehidupan orang awam.
- Buat pilihan yang sukar. Pilihan ini akan mempengaruhi kisah permainan.
- Anjing pendamping yang dikendalikan AI yang membantu anda sepanjang perjalanan.
Spesifikasi diperlukan:
Windows | MAC | |
OS: | Windows 10 64 bit | macOS X |
Pemproses: | Intel i5 Processor | Intel Core i5 |
Memori: | 4 GB RAM | 4 GB RAM |
Grafik: | Nvidia GT 720 | Intel Iris Plus Graphics 645 |
DirectX: | Version 11 | – |
Storan: | 1000 MB available space | 1000 MB available space |
Jadi kemungkinan ianya akan keluar pada musim luruh nanti! Ikuti laman Facebook rasmi DeLight dan jangan lupa untuk terus sokong anak tempatan ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post