Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight ‘Payung’ Trailer Terakhir Sebelum Pelancaran 22 Mei!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 11, 2026
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight ‘Payung’ Trailer Terakhir Sebelum Pelancaran 22 Mei!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, WB Games telah berkongsi trailer terakhir yang cukup padat dengan aksi untuk game terbaharu mereka, LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight.

Menggunakan lagu “Kiss from a Rose” nyanyian Seal (runut bunyi filem Batman Forever (1995)), video ini memaparkan babak sinematik dan gameplay terbaharu menampilkan Batman bersama barisan sekutunya.

Mereka semua akan bekerjasama untuk menumbangkan ancaman besar daripada kumpulan penjahat DC terkenal, seperti The Joker, Poison Ivy, Mr. Freeze, Two-Face, Ra’s al Ghul, serta Bane.

Berbeza dengan game LEGO sebelum ini yang biasanya membenarkan pemain mengawal ratusan watak, Legacy of the Dark Knight hanya memfokuskan kepada tujuh watak utama yang boleh dimainkan (Batman, Jim Gordon, Batgirl, Nightwing, Robin, Catwoman, dan Talia al Ghul). Setiap watak dibekalkan dengan abiliti dan gajet yang unik.

Sebagai contoh, Catwoman menggunakan cemeti sebagai senjata, manakala Gordon dilengkapi dengan pistol yang menyembur buih untuk melumpuhkan musuh.

Pemain akan dibawa ke Gotham City versi LEGO yang berkonsepkan open-world. Sistem combat dalam game ini juga telah dirombak sepenuhnya mengikut siri Batman: Arkham yang lebih matang, lengkap dengan sistem counter dan combo.

Selain beraksi di jalanan, pemain boleh pulang ke Batcave. Di sini, anda boleh mempamerkan pelbagai koleksi kenderaan seperti Batmobile dan Batcycle, serta menyusun koleksi Batsuit, trofi, dan barangan unik yang dikumpul sepanjang permainan.

Untuk bergerak pantas, pemain juga boleh memanggil kenderaan ikonik seperti Tumbler atau Batmobile 1989 pada bila-bila masa.

Dimainkan dari perspektif third-person, anda boleh memilih untuk bermain secara solo atau bersama rakan melalui mod local multiplayer.

LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Mei 2026. Walau bagaimanapun jika pra-tempah Deluxe Edition, anda boleh mula bermain empat hari lebih awal iaitu pada 19 Mei.

Game ini boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series X|S, serta PC melalui Steam dan Epic Games Store. Versi Switch 2 akan menyusul kemudian pada tahun ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA/ATLUS Umum Kolaborasi Bersama animate KL – Membawa Sonic, Persona, Yakuza & Banyak Lagi Sepanjang 2026!

Next Post

Webtoon ‘Viral Hit’ Akhirnya Jadi Siri Live-Action, Akan Tayang Di 11 Jun Di Netflix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026
Berita

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026

August 21, 2026
Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War
Movie/siri

Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War

August 21, 2026
Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0
DLC

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

August 21, 2026
Next Post
Webtoon ‘Viral Hit’ Akhirnya Jadi Siri Live-Action, Akan Tayang Di 11 Jun Di Netflix!

Webtoon ‘Viral Hit’ Akhirnya Jadi Siri Live-Action, Akan Tayang Di 11 Jun Di Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd