Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Legenda NBA Hakeem Olajuwon Sertai Dunk City Dynasty dalam Update Season 3 Part 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Sukan/lumba
0 0
0
Legenda NBA Hakeem Olajuwon Sertai Dunk City Dynasty dalam Update Season 3 Part 2
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games telah mengumumkan pelancaran Season 3 Part 2 untuk Dunk City Dynasty. Kemas kini yang tersedia hari ini memperkenalkan pemain legenda Hall of Fame, Hakeem Olajuwon, ke dalam barisan pemain, bersama-sama dengan pelbagai acara bermusim, misi, dan pakaian kosmetik yang bergaya.

Bagi yang kurang tahu, Dunk City Dynasty adalah game mobile bola keranjang yang berlesen rasmi NBA dan NBPA, menampilkan barisan bintang NBA seperti Stephen Curry, Giannis Antetokounmpo, dan Luka Dončić, serta pasukan-pasukan ikonik dari Golden State Warriors hingga Boston Celtics.

Pemain Baharu Menggegarkan Gelanggang Musim Luruh Ini

Menjadi tumpuan utama kemas kini ini adalah salah seorang pemain posisi ‘center’ terhebat dalam sejarah NBA, Hakeem “The Dream” Olajuwon. Dikenali dengan ketinggiannya, wingspan yang luas, dan kelincahan, Olajuwon memegang rekod sepanjang zaman liga untuk block dan merupakan seorang pakar rebound.

Dalam Dunk City Dynasty, beliau membawa gerakan ikoniknya “Dream Shake” dan kemahiran yang pelbagai ke gelanggang.

Sebagai seorang ‘center’, Olajuwon cemerlang dalam rebound dan membuat block sambil memberikan bantuan pertahanan yang kuat. Skil ultimate-nya, “Supreme Snatch,” membolehkannya melakukan block sebelah tangan dengan jarak dan tempoh masa yang lebih luas.

Dari segi serangan, skil “Dream Realm” meningkatkan keupayaan menjaringnya selama 5 saat selepas menerima hantaran atau semasa berada berhampiran jaring. Digabungkan dengan pelbagai gerakan post seperti “Post Attack” dan “Smooth Post-up,” pemain Hall of Fame ini bakal menyinar sekali lagi di gelanggang digital.

Olajuwon menyertai dua lagi pemain superstar yang baru sahaja ditambah ke dalam barisan game ini:

  • Kawhi Leonard: Pemain ‘small forward’ yang efisien ini menggunakan tangannya yang besar dan kesedaran gelanggang yang tajam untuk mengganggu pihak lawan. Skil ultimate-nya, “The Claw,” meningkatkan kebolehannya untuk mencabar percubaan lawan dan rampasan automatik pada jarak yang tepat. Dengan skil seperti “Flaw Detected” untuk membaca gerakan bola dan gerakan serangan seperti “Spin Fadeaway,” Leonard adalah pemain dominan dalam ofensif dan defensif.
  • Zack LaVine: ‘Shooting guard’ yang lincah di udara ini adalah seorang atlet yang terkenal dengan lompatan vertikal dan kepantasan kilat. LaVine ialah penjaring serba boleh yang mampu membuat jaringan dari jauh, menguasai jarak pertengahan, dan membuat penyudah di jaring. Skil ultimate-nya, “Power Tomahawk,” adalah dunk sebelah tangan yang kuat dan menjamin dunk jika tidak dicabar. Skil seperti “Crowning Dunk” membolehkannya melakukan pelbagai dunk, termasuk 360 dan Windmill.

Raikan Musim Dengan Penuh Gaya

Di samping pemain baharu, Season 3 Part 2 turut memperkenalkan beberapa acara dalam game:

  • Autumn Joy: Acara berperingkat di mana pemain boleh menyelesaikan misi untuk mendapatkan baucar, yang boleh ditukarkan dengan ganjaran. Peringkat semasa, yang berlangsung sehingga 14 Oktober, menampilkan set “Cargo” dan “Clear”. Peringkat seterusnya akan berlangsung dari 15 Oktober hingga 28 Oktober dengan ganjaran baharu, termasuk set “Heavy Jacket” dan “Caution Zone”.
  • Lucky Challenge: Berlangsung dari hari ini hingga 28 Oktober, acara ini menjemput pemain untuk menguji nasib mereka dengan menyelesaikan misi untuk mengumpul Lucky Voucher. Setiap baucar menjamin ganjaran, dengan hadiah termasuk set “Transparency”, Celebration “Soul Drummer”, dan Grafiti “Halloween”. Selepas sembilan cabutan, pemain dijamin akan menerima semua ganjaran yang ada!

Akhir sekali, Battlepass baharu untuk Dunk City Dynasty Season 3 Part 2 membawakan kostum baharu termasuk Set “Astronaut Suit”, Set “Pulsating”, Set “Starry Night”, dan Set “Old Times”.

Untuk belajar lebih lanjut mengenai Dunk City Dynasty, sila lawati laman web rasmi.

Tags: Dunk City Dynasty
ShareTweetSend
Previous Post

Jualan Clair Obscur: Expedition 33 Melepasi 5 Juta Unit, Update Besar Percuma Diumumkan

Next Post

Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE Mempamerkan Sistem Combat & Co-op Dalam Gameplay Baharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE Mempamerkan Sistem Combat & Co-op Dalam Gameplay Baharu

Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE Mempamerkan Sistem Combat & Co-op Dalam Gameplay Baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd