Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE Mempamerkan Sistem Combat & Co-op Dalam Gameplay Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2025
in Action, Anime, Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE Mempamerkan Sistem Combat & Co-op Dalam Gameplay Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Netmarble dan pembangun Netmarble Neo telah mendedahkan gameplay baharu berdurasi enam minit untuk RPG aksi akan datang, Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE. Video ini menawarkan pandangan paling mendalam mengenai game tersebut setakat ini sebelum pelancarannya pada bulan November.

Video “Gameplay Reveal” itu, yang ditayangkan perdana di YouTube rasmi, merupakan pendedahan komprehensif pertama bagi gameplay sebenar Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE selain daripada trailer sinematik.

Ia menonjolkan mekanik asas, menampilkan sistem combat yang eksplosif dan berasaskan skil serta sistem raid co-op yang bakal menjadi salah satu ciri utama pengalaman gane tersebut. Menurut maklum balas pemain, gameplay ini seolah menjawab maklum balas peminat tentang kualiti dan prestasi yang dilihat dalam demo sebelum ini.

Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE ialah sebuah adaptasi daripada webtoon Korea Selatan yang terkenal di seluruh dunia, Solo Leveling, yang telah mengumpul lebih 14.3 bilion tontonan global.

Game ini mengisahkan tentang Sung Jinwoo, seorang Hunter Rank -E yang lemah tetapi memperoleh kebolehan misteri untuk menaikkan level selepas pengalaman hampir mati di dalam sebuah “dungeon” yang berbahaya.

Pemain akan membimbing perjalanan Jinwoo daripada “hunter terlemah” menjadi Shadow Monarch yang maha berkuasa, sambil menentang musuh raksasa yang muncul dari “gerbang” antara dimensi.

Game baharu ini merupakan evolusi bukan berkonsepkan gacha daripada game mobile/PC pada tahun 2024, Solo Leveling: ARISE.

Berbeza daripada model monetization game sebelumnya, ARISE OVERDRIVE direka untuk memberi penekanan kepada kemajuan pertempuran solo dan raid co-op 4 pemain yang mencabar, dengan tumpuan untuk memberikan pengalaman RPG aksi premium.

Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE akan dilancarkan bagi PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 17 November 2025. Pelancaran untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X\S pula dirancang pada tahun 2026. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Solo Leveling: ARISE OVERDRIVE
ShareTweetSend
Previous Post

Legenda NBA Hakeem Olajuwon Sertai Dunk City Dynasty dalam Update Season 3 Part 2

Next Post

Pengakhiran Lemah Dragon Ball Daima Berpunca Daripada Skrip Spontan, Dedah Produser

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Pengakhiran Lemah Dragon Ball Daima Berpunca Daripada Skrip Spontan, Dedah Produser

Pengakhiran Lemah Dragon Ball Daima Berpunca Daripada Skrip Spontan, Dedah Produser

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd