Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jualan Clair Obscur: Expedition 33 Melepasi 5 Juta Unit, Update Besar Percuma Diumumkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2025
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, RPG, Steam, Turn-Based, Xbox Series X|S
0 0
0
Jualan Clair Obscur: Expedition 33 Melepasi 5 Juta Unit, Update Besar Percuma Diumumkan
Share on FacebookShare on Twitter

Kepler Interactive dan pembangun Sandfall Interactive mengumumkan bahawa RPG turn-based mereka, Clair Obscur: Expedition 33, telah menjual lebih lima juta unit di seluruh dunia.

Bagi meraikan pencapaian ini dan sebagai tanda penghargaan kepada komuniti atas sokongan mereka, pihak pembangun kini sedang mengusahakan kemas kini kandungan besar secara percuma untuk semua pemain.

THANK YOU, from @SandfallGames!
We've been working on bringing you a few updates, some of the highlights being:

🌳 New playable environment
⚔️ New late-game boss battles
👕 New costumes

➡️ Read more: https://t.co/2grDsMSrOR pic.twitter.com/voReWsXFik

— Clair Obscur: Expedition 33 (@expedition33) October 8, 2025

Game ini telah mencatatkan kejayaan cemerlang sejak dilancarkan pada 24 April. Ia berjaya dijual sebanyak 500,000 unit pada hari pertama, melepasi angka satu juta dalam tempoh tiga hari, dan mencecah dua juta unit dalam masa kurang dari dua minggu.

Game ini turut mencapai jualan 3.3 juta unit selepas 33 hari dilancarkan, menunjukkan momentum yang berterusan dengan jualan tambahan sebanyak 1.7 juta unit sejak itu.

In April we released Clair Obscur: Expedition 33.

5 months later, we’ve sold 5 million copies worldwide!

Since then, your artwork, your stories, your cosplays and your endless creativity has been loved and appreciated by all of us.

And for that we cannot thank you enough. pic.twitter.com/3AAou4DECR

— Clair Obscur: Expedition 33 (@expedition33) October 8, 2025

Sebagai tanda penghargaan kepada para peminat, Sandfall Interactive sedang membangunkan satu kemas kini percuma besar, yang akan memperkenalkan pelbagai kandungan baharu. Kemas kini ini bakal meluaskan dunia permainan dan menyediakan cabaran baharu untuk pemain sedia ada dan juga pemain veteran.

Five million copies sold.
Only one way to say “thank you”.
One last *very* small session as Verso. pic.twitter.com/O45t4coZ3y

— Ben Starr (@The_Ben_Starr) October 8, 2025

Antara penambahan utama dalam kemas kini akan datang termasuk:

  • Persekitaran Baharu yang Boleh Diterokai: Pemain akan membawa Expedition ke lokasi serba baharu, yang menampilkan musuh unik dan kejutan tersembunyi untuk ditemui.
  • Pertarungan Boss Baharu: Beberapa pertarungan boss yang mencabar akan ditambah, direka untuk menguji kemahiran pemain di peringkat endgame.
  • Kostum Watak Baharu: Setiap ahli Expedition akan menerima pakaian baharu, menambahkan lebih banyak pilihan customization untuk pemain mempersonalisasikan pengembaraan mereka.
  • Sokongan Bahasa yang Diperluas: Tujuh penterjemahan teks dan UI baharu akan ditambah: termasuk Bahasa Indonesia. Ini akan menjadikan jumlah bahasa yang disokong kepada 19.

Pihak pembangun juga mengusik bahawa “lebih banyak kejutan” turut dirancang dalam kemas kini ini, yang boleh dinantikan oleh para peminat dalam masa terdekat.

Clair Obscur: Expedition 33 kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Ia juga tersedia untuk para pelanggan Xbox Game Pass. Maklumat lanjut di laman web rasmi.

Tags: Clair Obscur: Expedition 33
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Little Nightmares III – Berdua Lebih Baik, Tetapi Adakah Lebih Menakutkan?

Next Post

Legenda NBA Hakeem Olajuwon Sertai Dunk City Dynasty dalam Update Season 3 Part 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Legenda NBA Hakeem Olajuwon Sertai Dunk City Dynasty dalam Update Season 3 Part 2

Legenda NBA Hakeem Olajuwon Sertai Dunk City Dynasty dalam Update Season 3 Part 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd