Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lawan lanun dan berdagang di ruang angkasa! Rebel Galaxy kini tersedia PERCUMA di Epic Games Store!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 13, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, Genre, PC, Platform
0 0
0
Lawan lanun dan berdagang di ruang angkasa! Rebel Galaxy kini tersedia PERCUMA di Epic Games Store!
0
SHARES
262
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games Store tidak bergurau bila memberi game hebat secara percuma pada pemain. Minggu ini, anda boleh mula mendapatkan Rebel Galaxy secara percuma sehingga Khamis, 19 Ogos 2021! Sebelum ini, mereka telah memberikan pemain dua game menarik seperti A Plague Tale: Innocence dan Train Sim World 2 selama seminggu.

Battle pirates, explore anomalies, befriend aliens, scavenge battle wreckage, mine asteroids, and discover artifacts. Sounds cool, huh? 🚀👽

Rebel Galaxy is FREE this week on the Epic Games Store! https://t.co/L09RPTOfxh pic.twitter.com/D2DEVq0tNK

— Epic Games Store (@EpicGames) August 12, 2021

Walaupun sebelum ini Epic Games biasanya akan menawarkan dua game percuma setiap minggu, namun kali ini kita hanya akan menerima satu tajuk sahaja. Rebel Galaxy membawa tema yang diilhamkan oleh barat dengan perdagangan dan kombat berlaku di ruang angkasa. Menurut penerangan yang diberikan di laman Epic Games Store, Rebel Galaxy memberikan pemain pengalaman pertempuran, penerokaan, eksplorasi, perdagangan dan “rundingan” yang penuh aksi dengan makhluk asing dari setiap alam semesta.

Pemain akan memerangi lanun, menjelajah angkasa, berkawan dengan makhluk asing, mengorek bangkai kapal dan mengumpul artifak angkasa. Anda juga boleh memilih sama ada ingin menjadi penyangak, pedagang atau usahawan gila kuasa di ruang angkasa ini! Harga asal Rebel Galaxy sebelum ini adalah RM39.99, jadi ini boleh dikira sebagai tawaran yang berbaloi untuk anda dapatkan!

Game ini telah dibangunkan oleh Double Damage Games Inc pada tahun 2015 di platform PC, dan tiba ke PlayStation 4 serta Xbox One setahun kemudian. Ia dibina oleh lima orang dari pasukan studio itu, termasuk Eric Schaefer dan Travis Baldree yang bekerja dalam Diablo serta Diablo II. Jika anda menyukainya, boleh cuba pula bermain sekuelnya bertajuk Rebel Galaxy Outlaw di Epic Games Store. Yang ini tidak percuma ya!

Di sini saya sediakan pautan untuk memudahkan anda menebus Rebel Galaxy di Epic Games Store. Jadi jangan tunggu lagi! Tawaran ini sudah pun bermula dan bakal berakhir 19 Ogos! Nantikan liputan kami berkaitan Epic Free Game di minggu akan datang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: epic games storePCRebel Galaxy
Previous Post

Watak-watak dari francais Grand Theft Auto paling ikonik di hati peminat!

Next Post

Akhirnya, Hades kini tersedia di PlayStation dan Xbox!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Akhirnya, Hades kini tersedia di PlayStation dan Xbox!

Akhirnya, Hades kini tersedia di PlayStation dan Xbox!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd