Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dapatkan A Plague Tale: Innocence dan 3 game lain PERCUMA di Epic Games Store bermula hari ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 30, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, Genre, PC, Platform
0 0
0
Dapatkan A Plague Tale: Innocence dan 3 game lain PERCUMA di Epic Games Store bermula hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Epic Games Store telah melancarkan Summer Sale dengan potongan harga yang hebat sehingga 75% untuk pemain PC. Acara jualan ini berlangsung dari 22 Julai sehingga 5 Ogos nanti, tetapi mereka masih menyediakan beberapa game hebat secara percuma seperti yang dilakukan setiap minggu sebelum ini. Jadi tanpa membuang masa, jom kita tengok senarai game yang boleh anda dapatkan secara percuma di Epic Games Store!

MOTHERGUNSHIP (percuma sehingga 5 Ogos)

Mothergunship adalah game first-person shooter roguelike bullet hell yang dibangunkan oleh Grip Digital dan Terrible Posture Games. Ia menampilkan level yang dihasilkan dari pelbagai elemen untuk menjadikan game ini lebih unik untuk dimainkan. Ia juga dilengkapi mekanisme pembuatan senjata yang penting untuk pemain. Dalam MOTHERGUNSHIP, anda perlu menewaskan bos bos besar dan bertarung dengan musuh yang datang secara rawak ketika ingin sampai ke kapal induk.

Train Sim World 2 (percuma sehingga 5 Ogos)

Train Sim World 2 dilengkapi dengan dua alat penyuntingan baru, seperti Livery Designer dan Scenario Planner yang membolehkan pemain untuk membuat pilihan khusus pada lokomotif di in game serta menghasilkan senario baru untuk laluan. Hasil dari maklum balas pemain sebelum ini, Preserved Collection mereka sebelum ini dibawa kembali dan telah mendapat sokongan ciri Scenario Planner. Malah, ia dihadirkan gameplay lebih realistik, suasana langit yang dinamik untuk meningkatkan visual game dan dikemaskini untuk sokongan 4K.

A Plague Tale: Innocence (percuma bermula 5 Ogos)

Ini adalah game action adventure berdasarkan cerita yang disetkan di Perancis semasa Hundred Year’s War. Anda akan bermain sebagai Amicia yang melindungi adiknya Hugo dan harus bertahan daripada kemungkinan besar dalam dunia yang kejam. Ciri utama game ini adalah sekumpulan tikus yang menyebabkan wabak dan anda perlu menyelesaikan puzzle serta melarikan diri dari Inquisition. Plague Tale sering dibandingkan dengan The Last of Us kerana mempunyai naratif dan watak-watak menarik.

Speed Brawl (percuma bermula 5 Ogos)

Speed Brawl memberikan pemain untuk berlumba sambil bertempur dengan bergaya dalam kelajuan tinggi. Anda perlu mengekalkan momentum semasa perlumbaan dan menewaskan setiap musuh yang mengganggu perjalanan untuk mendapat tempat teratas.

Anda boleh mendapatkan MOTHERGUNSHIP dan Train Sim World 2 di Epic Games Store secara percuma bermula hari ini. Manakala A Plague Tales: Innocents dan Speed Brawl boleh dimuat turun percuma pada Jumaat minggu hadapan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: epic games storeGame PercumaPC
Previous Post

Kemas kini Beta PS5 menambah sokongan SSD M.2 dan lain-lain

Next Post

Filem anime Jujutsu Kaisen 0 mendedahkan teaser baru, serta pelakon suara!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Filem anime Jujutsu Kaisen 0 mendedahkan teaser baru, serta pelakon suara!

Filem anime Jujutsu Kaisen 0 mendedahkan teaser baru, serta pelakon suara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd