Francais Grand Theft Auto bukan sahaja terkenal kerana mempunyai dunia in-game yang besar, malah ia memiliki watak-watak dari setiap siri yang sentiasa diminati para pemain. Rockstar tidak banyak meletakkan usaha pada cerita latar belakang watak sehingga game kelima mereka dan San Andreas, tetapi mereka berjaya ditampilkan dengan gaya sadis yang hebat!
Tetapi selepas hampir 24 tahun sejak siri pertama dilancarkan dan telah beberapa generasi konsol berlalu, jalan cerita di setiap game Grand Theft Auto menjadi semakin baik serta seronok untuk dimainkan. Malah, Rockstar juga telah memperkenalkan kebolehan khas pada setiap watak yang boleh dimainkan di Grand Theft Auto V, dan gameplay ditingkatkan dengan watak terbaik kerana setiap darinya mempunyai cara berbeza dalam melakukan misi. Dari penjual dadah yang psiko sehingga perompak bank berjawatan besar, siri GTA memang penuh dengan pelbagai watak gempak!
Disebabkan francais GTA ni ada banyak watak hebat, jadi kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca senarai watak mengikut turutan tahap ikonik mereka pada pemain. Tanpa membuang masa, jom kita tengok siapakah watak yang menjadi paling ikonik dalam francais Grand Theft Auto!
10. Victor Vance
Tidak ramai peminat yang tahu mengenai Victor Vance walaupun dia adalah protagonis di Vice City Stories yang dikeluarkan untuk konsol PSP dan dibawa ke PlayStation 2. Watak Victor diperkenalkan sebagai bekas tentera yang dilepaskan dari tugas kerana dituduh terlibat dengan dadah dan perempuan. Disebabkan dia perlu menampung bil hospital adiknya Lance Vance, jadi Victor telah terlibat dalam perniagaan dadah di Vice City.
Faktor yang menjadikan Victor ini tersenarai sebagai ikonik kerana dia adalah watak protagonis pertama dalam francais yang mati. Malah, kebanyakkan mangsa yang dibunuh oleh Victor adalah kerana untuk membalas dendam pada mereka yang menganiayanya sahaja.
9. Claude
Grand Theft Auto III bakal berusia 20 tahun sejak ia dilancarkan pada Oktober 2001, tetapi mungkin ramai peminat tidak tahu yang Claude adalah watak bisu kerana dia tidak pernah bercakap dalam game. Malah ketika game ini dilancarkan juga, Claude adalah watak yang tidak mempunyai nama sendiri.
Walaupun Claude ini seorang yang bisu, tetapi jangan pandang rendah dengan skil jenayahnya kerana di penghujung game semua musuh Claude mahu dia mati! Claude menjadi ikonik kerana dia mempunyai latar belakang yang tidak banyak diketahui, dan menjadikan peminat menjadi lebih tertarik untuk mengetahui tentangnya. Malah, dalam kebanyakkan watak GTA, Claude dianggap paling tampan berbanding dari yang lain walaupun visualnya tidak begitu hebat.
8. Franklin
Oleh kerana GTA V adalah game pertama dalam francais menampilkan ramai watak yang boleh dimainkan, Rockstar telah menjadikan mereka nampak berbeza ketika bermain kerana setiap mereka diberikan kemampuan khas sendiri. Watak Franklin mampu melambatkan masa ketika memandu di ruang yang sempit.
Franklin ditampilkan sebagai mekanik, tetapi dia diangkat sebagai pelumba arked Rockstar Midnight Club III. Walaupun dia tidak mempunyai personaliti menarik antara Trevor dan Michael di game, tetapi Franklin adalah watak yang menyeronokkan dan menjadi sebab mengapa peminat masih menyukai GTA V.
7. Luis Lopez
Bekerja sebagai bouncer di kelab malam terkenal memberikan watak Luis Lopez mempunyai kelebihan dalam memikat wanita terkenal dan cantik. Kebanyakkan pemain menyukai Luis kerana dia berjaya memikat watak-watak cantik seperti anak perempuan seorang mafioso, Poppy Mitchell dan beberapa selebriti yang berpesta liar di kelab malam.
Walaupun penampilan Luis dalam dunia GTA tidak banyak kerana dia hanya watak boleh dimainkan sahaja, tetapi peminat lebih menyukainya berbanding dua watak lain di dalam game ini. Disebabkan ia mempunyai perwatakan menarik dan manis, jadi tidak hairanlah mengapa pemain lagi berminat bouncer ini berbanding Niko yang ditampilkan dengan rupa masam dan monoton.
6. Johnny Klebitz
Disebabkan GTA IV mempunyai pelbagai kandungan tambahan yang menarik, jadi salah satu watak dari The Lost and The Damned iaitu Johnny juga membuatkan peminat tertarik. Latar belakang Johnny ditampilkan sebagai geng biker yang terlibat dalam politik kotor bersama pegawai kerajaan menjadikannya nampak menarik berbanding watak lain dalam game.
Di samping itu, Johnny juga ikonik kerana dia menjadi timbalan presiden semasa di The Lost MC dan ini adalah antara momen hebat dimana pemain dapat merasa sebagai pemerintah dalam GTA. Malah, imejnya yang sering memakai jaket kulit juga nampak lebih gempak ketika menunggang motor!
5. Tommy Vercetti
Untuk pengetahuan peminat, Tommy adalah watak protagonis GTA pertama yang bercakap dan menunjukkan ekspresi. Personaliti Tommy juga dihasilkan sebagai penjahat yang berusaha untuk menjadi paling terkuat dalam game seperti Claude.
Disebabkan GTA Vice City mempunyai banyak misi yang sukar, jadi pemain dapat melihat reaksi Tommy ketika dia berjaya atau gagal melakukan tugas tersebut. Jadi tidak terkejutlah jika Tommy tersenarai sebagai watak ikonik GTA kerana dia adalah permulaan dimana Rockstar mula menghasilkan cerita latar menarik untuk setiap protagonis dalam francais.
4. Michael
Walaupun GTA V mempunyai tiga watak yang boleh dimainkan, Michael boleh dikira sebagai watak utama dari mereka semua. Michael diinspirasikan dari watak Neil McCauley yang dilakonkan oleh Robert De Niro dari filem Heat. Dia juga mempunyai kemampuan khas seperti kebanyakkan watak dari filem Money Heist, jadi Michael sememangnya nampak hebat apabila dimainkan.
Walau bagaimanapun, sikap panas baran, bongkak dan sarkastik Michael membuatkannya pemain lebih terhibur dalam GTA V. Ditambah pula dengan penampilan mewahnya di setiap cutscene membuatkan anda rasa seperti seorang taikun berjaya.
3. Trevor
Dalam ketiga-tiga watak GTA V, kita boleh anggap yang Trevor adalah watak yang paling menghiburkan dan kebanyakan peminat peminat francais pasti mahu dia berada di kedudukan pertama dalam senarai ini. Trevor sering kelihatan kelakar dengan kata-kata penghinaannya yang tidak boleh dilawan, dan memiliki kemampuan khas dimana sering bertindak meluru ketika marah adalah sebab dia menjadi watak ikonik.
Namun, agak sedih sebab Trevor tidak mempunyai banyak arc watak, kerana dia diperkenalkan sebagai pemilik makmal meth kristal dan pembunuh psiko. Tetapi dengan setiap penampilannya di dalam game, pasti membuatkan anda seronok melihat Trevor menjadi gila ketika dimainkan.
2. Niko
Niko sangat terkenal dengan ekspresinya yang masam dan tidak membuat jenaka sindiran seperti Trevor. Namun, apa yang membuatkannya nampak menarik adalah dia mempunyai latar belakang cerita yang sangat gelap dan menyedihkan semasa menjadi tentera. Personaliti Niko juga nampak ketara perbezaannya berbanding watak-watak dari sirinya dan francais.
Tambahan pula, Niko mempunyai jumlah pembunuhan paling tinggi, iaitu sebanyak 47 pembunuhan jika dibandingkan dengan semua protagonis GTA. Pemain yang suka melakukan misi membunuh pasti akan memilih Niko kerana dia boleh mengambil bahagian dalam kontrak pembunuhan dan memburu penjenayah di seluruh Liberty City.
1. CJ
Akhir sekali, yang menduduki tempat pertama dalam senarai watak GTA paling ikonik semestinya CJ atau Carl Johnson kita! Watak CJ dijadikan protagonis dalam Grand Theft Auto: San Andreas menjadikan jalan cerita game menjadi sangat menarik kerana pemain boleh berjumpa dengan pelbagai geng di bandar, memukul Officer Tenpenny dan mengalami pelbagai perbualan.
Watak CJ juga sangat memberi impak kepada peminat sehingga sekarang walaupun game ini telah dilancarkan hampir 17 tahun yang lalu. Malah, momen ikonik CJ di lorong semasa permulaan game juga dijadikan meme dan jalan cerita hidupnya membuatkan pemain tidak akan mudah lupa.
Sampai di sini sahaja perkongsian saya mengenai senarai watak ikonik dari francais Grand Theft Auto. Anda boleh tinggalkan komen pada kami untuk topik menarik berkaitan GTA yang boleh dikongsikan. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan GTA, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post