Pelancaran FINAL FANTASY VII REMAKE (FFVII Remake) dah tak lama lagi, pejam celik mata terus dah 10 April 2020 nanti. Seperti peminat yang mengikuti permainan FINAL FANTASY VII REMAKE ini pasti tahu bahawa demo untuk permainan ini telah boleh dimuat turun dan dicuba di PlayStation 4, yang mana masih tidak tahu, anda boleh lihat sendiri artikel yang kami kongsikan sebelum ini.
Sebelum ini kami sendiri pernah mencuba beberapa demo yang melihat Cloud dan Barret beraksi. Kali ini Square Enix sendiri mengongsikan lebih lagi yang pemain boleh mainkan di demo yang tersedia! Sama seperti yang kami pernah kongsikan sebelum in, pertempuran akan melibatkan ‘ATB’ yang boleh dilihat dibawah bar HP watak yang dimainkan, dimana jika bar ATB penuh bolehlah gunakanya untuk ‘special attack’, ‘spell’ ataupun ‘item’.
Setiap watak dalam FFVII Remake ada keunikkan tersendiri, cara pengawalan adalah sama cuma cara berlawan adalah berbeza. Dalam pertarungan, pemain boleh menukar ahli parti atau hanya memberi arahan melalui ‘Command Menu’. Inilah penjelasan ringkas mengenai inti parti yang dikongsikan oleh Square Enix:
- Cloud -seorang pejuang yang berkesan dalam hampir semua senario pertempuran. Kebolehannya adalah luas, dari serangan yang penuh dengan keterlambatan kepada serangan-serangan yang meningkatkan kuasa dengan hit berikutnya. Pendirian ‘Punishernya’ (diaktifkan dengan menekan segitiga), membolehkan dia menentang musuh selepas mengelak.
- Barret -lengan yang bersenjata menjadikannya pilihan logik untuk menewaskan musuh-musuh yang tinggi atau jauh, tetapi ia mempunyai lebih banyak utiliti daripada itu. Sebagai contoh, keupayaan Steelskin bermakna dia tidak boleh terganggu oleh musuh apabila menggunakan sihir atau kebolehan yang memang sangat berguna untuk jaga HP Bar.
- Tifa -mampu memberikan jumlah kerosakan yang menakjubkan dan melakukanya begitu cepat – walaupun dia mengalami masalah yang serius jika dia terlebih beraksi. Kelajuan dan keupayaannya untuk menekan musuh membuat Tifa adalah satu watak yang hebat menentang minion Shinra.
- Aerith – Bila sebut mengenai magic, itulah Aerith! Dia memberi spells yang lebih kuat dari ahli yang lain dan kemampuanya ketika berlawan memang dengan kekuatan tersebut. Contohnya dia boleh mencuri MP dari pihak lawan atau menjatuhkan Holy Circle yang membenarkan parti menggunakan multi-cast. Jadi ketika beraksi lebih sesuai menggunakan Aerith dari jarak yang penuh beraksi.
Paling penting setiap kombat dalam FFVII Remake memerlukan taktik dan rancangan yang bagus untuk menentang pihak musuh.
Terdapat beberapa boss yang tersedia dalam Demo dan kesemuanya tidak membosankan! Antara boss yang ada didalam demo ini yang pemain boleh jumpa adalah Scorpion Sentinel, Air Buster dan Abzu. Setiap daripadanya sudah tentu mempunyai kekuatan tersendiri yang memerlukan strategi berlainan untuk menentangnya.
- Pemain akan berjumpa Scorpion Sentinel ketika membuka misi bomb. Sama seperti demo sebelum ini, serang ketika ekornya naik keatas.
- Air Buster ditemui semasa misi pengeboman kedua permainan dan ia melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Dalam kedudukan pertempuran ini adalah segala ancaman mekanikal itu mengejutkan dengan cepat dan serangan ganas yang harus dielakkan setiap masa. Jadi ketika berlawan dengan tumbukan tinggi, pemain boleh sediakan Hi-Potion atau Phoenix Down.
- Mujurlah, serangan ini cenderung mengikuti pertarungan yang boleh diramal – jika pemain memberi perhatian, pemain boleh bergerak ke tempat yang selamat di medan perang. Bukan sahaja dapat mengelak serangan itu, pemain berada dalam kedudukan yang baik untuk menindaklanjuti serangan balas yang diselaraskan.
- Dan yang terakir bos didalam demo adalah Abzu yang berada didalam pembentung di Midgar. Makhluk yang paling sukar ditewaskan dalam perjalanan sejauh ini. Ia mengenakan serangan dengan cepat, ia sangat kuat dan ia boleh menggunakan persekitaran dengan sepuas hati untuk menentang anda.
- Memang sukar untuk menewaskannya tetapi mujur Cloud mempunyai Assess Materia dimana ianya menunjukkan informasi kelemahan utama Abzu. Jadi perhatikan reaksi Abzu dalam setiap serangan yang kita gunakan dan jika pemain perasan ada titik kelemahan yang Abzu akan memberi efek.
Jadi anda semua janganlah lepaskan peluang untuk mencuba demo ini sendiri! Puas hati kalau dapat cuba sendiri betul tak? Dah berkenan tu jangan lupa untuk pre-order FFVII Remake sekali! Final Fantasy VII Remake demo ini akan tersedia sehingga pelancaran permainan 10 Apil ini.
Sumber: Square Enix
@gamersantaimy
Discussion about this post