Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dibangunkan oleh Ubisoft, Roller Champions adalah game terbaru ala-ala Rocket League untuk konsol & mobile!

Ujian alpha tertutup akan bermula Mac ini.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 5, 2020
in Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, Ubisoft Connect, Xbox One
0 0
0
Dibangunkan oleh Ubisoft, Roller Champions adalah game terbaru ala-ala Rocket League untuk konsol & mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa Roller Champions akan memulakan ujian alpha tertutup (selama dua minggu) pada Windows PC bermula 11 Mac. Permainan multiplayer ala-ala Rocket League ini pertama kali diumumkan pada E3 2019.

Roller Champions menampilkan dua pasukan yang terdiri daripada tiga pemain. Kedua-dua pasukan ini harus bertarung sesama sendiri dalam litar bulat untuk memiliki bola. Pemain hanya boleh memenangi perlawanan dengan membalingkan bola tersebut melalui gelung dengan mata terbanyak diberi kepada pemenang.  Kemenangan pula hanya boleh dicapai melalui kerjasama antara rakan sepasukan untuk menembus pertahanan pihak lawan.

Developer Ubisoft Montreal mendedahkan bahawa versi Roller Champions terkini akan menambah pilihan character customization; pergerakan baru seperti menyelam dan “flying tackle“, dan abiliti pasukan istimewa di mana satu pemain mengawal dron di udara untuk bergerak di litar sambil menangkis serangan musuh. Ujian ini juga akan mempamerkan arena terbaru, Chichen Itza, sebuah bandar Maya kuno, bersama dua arena misteri lain.

Roller Champions akan tersedia melalui Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One, iOS, Android dan Windows PC melalui uPlay. Tarikh rasmi untuk Roller Champions belum diumumkan, tapi apa-apa maklumat baru, akan saya terus laporkan.

Tags: ConsoleKonsolMobilemultiplayerRoller ChampionsRoller Derbyubisoft
Previous Post

Info terbaru untuk RESIDENT EVIL 3 REMAKE! Gameplay, environment, dan pembunuhan paling NGERI!

Next Post

Kombat Cloud, Barret, Tifa dan Aerith dapat dicuba dalam DEMO FINAL FANTASY VII REMAKE!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Kombat Cloud, Barret, Tifa dan Aerith dapat dicuba dalam DEMO FINAL FANTASY VII REMAKE!

Kombat Cloud, Barret, Tifa dan Aerith dapat dicuba dalam DEMO FINAL FANTASY VII REMAKE!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd