Satu misteri baharu bakal muncul di medan perang! Pembangun Honor of Kings, TiMi Studio Group di bawah Tencent Games, secara rasmi mengumumkan kerjasama antara game MOBA popular mereka dengan siri anime dan manga ikonik Jepun, Detective Conan. Acara istimewa ini akan bermula pada 1 Ogos.
Melalui kerjasama ini, satu acara istimewa akan diperkenalkan yang membolehkan pemain menyertai siasatan khas. Dengan menyelesaikan tugasan harian, pemain dapat meningkatkan tahap siasatan dan mengumpul petunjuk.
Sebaik sahaja sembilan petunjuk berjaya dikumpulkan, pemain boleh membuka ‘Ultimate Investigation’ untuk berpeluang memenangi kostum eksklusif Luban No. 7 “Conan Edogawa” atau Marco Polo “Kaito Kid” secara kekal.
Namun, perlu diingat bahawa ganjaran utama ini sangat terhad, dengan hanya satu kostum diberikan setiap hari untuk satu server.

Kedua-dua kostum baharu ini direka dengan penuh teliti untuk menyerlahkan keunikan setiap watak:
- Luban No. 7 sebagai Conan Edogawa: Hero marksman ini akan mengenakan kostum yang diinspirasikan oleh detektif cilik yang bijak. Rekaannya lengkap dengan sut biru dan cermin mata ikonik Conan. Animasinya juga unik, memaparkan papan luncurnya yang berkuasa tinggi.
- Marco Polo sebagai Kaito Kid: Wira ini pula akan bertukar penampilan menjadi pencuri licik yang terkenal, Kaito Kid. Kostumnya menampilkan jubah putih dan topi tinggi yang menjadi identitinya, manakala kesan kemahirannya diilhamkan oleh aksi silap mata yang mempesonakan.
Kedua-dua skin ini juga akan disertakan dengan animasi, efek ‘recall’, pose ‘idle’, dan visual skil yang serba baharu. Kesemuanya direka khas untuk membawa pemain merasai sendiri pengalaman berada di dalam dunia Detective Conan.
Untuk maklumat lanjut tentang Honor of Kings x Detective Conan, layari SINI.









Discussion about this post