Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga Vinland Saga Tamat Selepas 20 Tahun, Pencipta Makoto Yukimura Mengimbas Kembali Legasinya

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 25, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga Vinland Saga Tamat Selepas 20 Tahun, Pencipta Makoto Yukimura Mengimbas Kembali Legasinya
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah menempuh perjalanan selama dua dekad, siri manga bersejarah karya Makoto Yukimura, Vinland Saga, akhirnya telah sampai ke penghujungnya.

Bab terakhirnya yang diterbitkan pada 24 Julai 2025 bukan sahaja menoktahkan sebuah kisah yang telah menawan hati pembaca, malah turut mengukuhkan statusnya sebagai karya agung dalam genre seinen.

Siri ini pada mulanya diterbitkan dalam majalah Weekly Shonen Magazine terbitan Kodansha pada April 2005, sebelum beralih ke majalah Monthly Afternoon pada tahun yang sama.

Vinland Saga telah mendapat pujian meluas untuk plotnya yang rumit, sejarah yang mendalam, serta perkembangan falsafah watak utamanya, Thorfinn, yang begitu menyentuh hati. Bab penutupnya, iaitu Bab 220, kini boleh dibaca oleh peminat menerusi platform digital K Manga milik Kodansha.

Menerusi satu perkongsian di platform X (dahulunya Twitter), Makoto Yukimura mengenang kembali perjalanan selama 20 tahun itu.

Sambil memberi penghargaan kepada para pembaca setianya, beliau menjelaskan bahawa hasrat awal beliau adalah untuk memaparkan “perjalanan seorang kanak-kanak yang membesar menjadi dewasa melalui pelbagai pengalaman hidup.”

Setelah dua dekad melukiskan perjalanan Thorfinn, Yukimura merumuskan temanya dengan satu kesimpulan: “Untuk menjadi dewasa sejati, seseorang itu perlu menjadi insan yang lebih berhati mulia.”

ヴィンランド・サガ最終回、第220話が本日公開されました。たいへん長い間お読みいただきましてありがとうございます。
トルフィンの長い冒険もこれで区切りとさせていただきます。ひとりの子供が様々な経験を経て大人になる。その成長の過程を描いてみたかったのですが、上手く描けたかしら。

— 幸村誠 (@makotoyukimura) July 24, 2025

Prinsip inilah yang menjadi tema utama penceritaan Vinland Saga. Yukimura turut meluahkan harapan agar “umat manusia kini sudah menjadi lebih baik berbanding seribu tahun yang lalu.”

Sentimen ini selari dengan transformasi yang dilalui oleh Thorfinn: daripada seorang anak muda yang diselubungi dendam, kepada seorang lelaki yang akhirnya mengerti falsafah bahawa “tiada siapa berhak mempunyai musuh.”

Yukimura turut berkongsi perasaan leganya kerana siri ini berjaya ditamatkan, sambil mengakui cabaran dan risiko yang wujud sepanjang mengendalikan siri yang panjang.

“Macam-macam boleh terjadi dalam tempoh masa sebegini,” jelas beliau, merujuk kepada pelbagai kemungkinan seperti jatuh sakit, kemalangan, mahupun kehilangan upaya untuk melukis. Beliau juga sempat berguray bahawa rancangan asalnya untuk menamatkan manga ini dalam masa 10 tahun dengan 20 jilid tidak mengikut perancangan.

Walaupun kisah utamanya sudah berakhir, Yukimura mendedahkan bahawa beliau kini sedang menyiapkan muka depan untuk jilid kompilasi terakhirnya, yang dijangka akan berada di pasaran Jepun pada September nanti.

Berkenaan masa terluang yang bakal dinikmatinya, pengarang ini merancang untuk mengisi masa dengan percutian musim panas, termasuklah aktiviti seperti memancing, bermain The Legend of Zelda, dan mempelajari Bahasa Inggeris.

Vinland Saga pasti akan terpahat dalam ingatan sebagai antara manga paling berpengaruh bagi generasinya.

Saga mengenai seorang anak muda dari Iceland yang menemukan makna sejati seorang pahlawan—bukan menerusi pertumpahan darah, sebaliknya melalui jalan damai dan belas kasihan—telah meninggalkan impak yang tidak terhingga kepada para pembacanya.

Tags: mangaVinland Saga
ShareTweetSend
Previous Post

Kerjasama Honor of Kings & Detective Conan Diumumkan, Tiba Mulai 1 Ogos!

Next Post

Reviu Mario Kart World – Rupa Baharu, Gameplay Berbeza, Seronok Tetap Sama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Reviu Mario Kart World – Rupa Baharu, Gameplay Berbeza, Seronok Tetap Sama!

Reviu Mario Kart World - Rupa Baharu, Gameplay Berbeza, Seronok Tetap Sama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd