Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kabin Pesawat Khas ‘Sonic the Hedgehog’ AirAsia Kini Tampil Dengan Wajah Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 16, 2025
in Artikel, Berita, Kolaborasi, Tempatan
0 0
0
Kabin Pesawat Khas ‘Sonic the Hedgehog’ AirAsia Kini Tampil Dengan Wajah Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Kerjasama antara SEGA dan AirAsia kini melalui transformasi baharu apabila kedua-dua syarikat mengumumkan transformasi menyeluruh pada ruang dalaman pesawat unik ‘Sonic the Hedgehog’ mereka.

Sepertimana yang diumumkan semalam, kabin pesawat Airbus A330 kini dihiasi dengan visual-visual bertenaga yang diinspirasikan daripada dua game terbaharu, iaitu Sonic Racing: CrossWorlds dan Sonic Rumble.

Ruang dalaman yang baharu ini mengambil alih hiasan terdahulu yang berasaskan game Sonic X Shadow Generations. Melalui pembaharuan ini, para penumpang berpeluang untuk menyelami dunia dua judul terbaharu dalam francais popular tersebut semasa dalam penerbangan.

Walaupun bahagian dalaman pesawat telah diubah suai sepenuhnya, rekaan luaran pesawat dikekalkan seperti sedia kala. Hiasan luaran masih memaparkan watak-watak seperti Sonic, Tails, Knuckles, dan Shadow sedang memecut laju pada pesawat Airbus A330 milik AirAsia X, dan akan terus dapat dilihat oleh para peminat dan penumpang.

Kolaborasi ini tidak terhad kepada pesawat fizikal sahaja. Pihak SEGA juga mengumumkan bahawa pemain Sonic Racing: CrossWorlds boleh menikmati kandungan istimewa secara eksklusif.

Pelekat khas bertemakan AirAsia disediakan untuk pemain menghias kereta lumba maya mereka. Inisiatif ini membolehkan para peminat membawa jenama syarikat penerbangan itu ke dalam dunia perlumbaan digital mereka.

Tags: airasiasonic the hedgehog
ShareTweetSend
Previous Post

Pelancaran Global Sword of Justice Untuk Mobile & PC Didedahkan Pada 7 November

Next Post

“Episod Pertama One-Punch Man Musim 3 Mengecewakan” – Luahan Peminat Selepas Menunggu Enam Tahun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
“Episod Pertama One-Punch Man Musim 3 Mengecewakan” –  Luahan Peminat Selepas Menunggu Enam Tahun

"Episod Pertama One-Punch Man Musim 3 Mengecewakan" - Luahan Peminat Selepas Menunggu Enam Tahun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd