Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Episod Pertama One-Punch Man Musim 3 Mengecewakan” – Luahan Peminat Selepas Menunggu Enam Tahun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 16, 2025
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
“Episod Pertama One-Punch Man Musim 3 Mengecewakan” –  Luahan Peminat Selepas Menunggu Enam Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Musim ketiga One-Punch Man yang dinanti-nantikan selama enam tahun akhirnya kembali, namun tayangan perdananya disambut dengan keluhan ramai. Rata-rata penonton menyifatkan episod pembukaan siri shonen popular ini sebagai sesuatu yang ‘hambar’ dan tidak setimpal dengan penantian yang begitu lama.

Episod sulung ini lebih banyak berperanan sebagai pengenalan semula kepada barisan watak dan dunianya, sambil membina latar untuk pertembungan besar antara Hero Association dan Monster Association. Plotnya banyak berkisar tentang perancangan Hero Association mencari markas raksasa.

Namun, pertarungan yang dinantikan itu masih belum berlaku. Penonton berpendapat bahawa fokus yang berlebihan pada persediaan ini menjadikan keseluruhan episod 24 minit itu bergerak dengan “terlalu perlahan” tanpa sebarang adegan aksi.

Dari segi teknikal, kualiti produksinya juga mendapat kritikan. Diuruskan oleh J.C.Staff, penonton berpandangan mutu animasinya hanyalah “biasa-biasa sahaja”, manakala suntingannya yang kurang kemas terasa seperti persembahan “slideshow” kerana babak yang kelihatan janggal.

Malah ada yang menganggapnya sebagai sebuah “anime berkos rendah” bagi musim yang sepatutnya gah.

Fan animation vs the official anime pic.twitter.com/N5MqZvI88h

— Weeb Senpai (@doffy_piece) October 14, 2025

Meskipun episod pembukaan ini telah meletakkan semula watak-watak penting di tempatnya, ia masih gagal meyakinkan penonton bahawa penantian mereka selama enam tahun adalah berbaloi.

Kini, dengan cerita yang telah dibina, beban terletak di bahu pihak studio untuk menebus kekecewaan ini dengan menyajikan aksi bertenaga tinggi serta menyampaikan jalan cerita hebat yang telah melonjakkan nama One-Punch Man di persada dunia.

Untuk makluman, anime One-Punch Man boleh ditonton menerusi Netflix, BiliBili, dan juga saluran YouTube Muse Malaysia.

Tags: One-Punch Man
ShareTweetSend
Previous Post

Kabin Pesawat Khas ‘Sonic the Hedgehog’ AirAsia Kini Tampil Dengan Wajah Baharu

Next Post

“Solo Leveling: Ragnarok Bukan Sekuel Rasmi, Hanyalah Spinoff Dalam Alam Luas Solo Leveling” – Bak Kata Pencipta

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
“Solo Leveling: Ragnarok Bukan Sekuel Rasmi, Hanyalah Spinoff Dalam Alam Luas Solo Leveling” – Bak Kata Pencipta

"Solo Leveling: Ragnarok Bukan Sekuel Rasmi, Hanyalah Spinoff Dalam Alam Luas Solo Leveling" - Bak Kata Pencipta

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd