Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelancaran Global Sword of Justice Untuk Mobile & PC Didedahkan Pada 7 November

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 16, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, MMORPG, Mobile, Open World, PC
0 0
0
Pelancaran Global Sword of Justice Untuk Mobile & PC Didedahkan Pada 7 November
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games bersama ZhuRong Studio telah mengesahkan bahawa MMORPG open world free-to-play, Sword of Justice, akan dilancarkan secara global pada 7 November. Game ini bakal membawa pemain ke sebuah dunia berinspirasikan Wuxia Timur, di mana mereka bebas mengukir perjalanan dan kisah peribadi mereka.

Sword of Justice akan dapat dimainkan pada peranti Android dan iOS, serta di PC melalui platform Steam dan Windows, lengkap dengan sokongan penuh cross-platform play.

Mengambil latar belakang dunia fantasi yang diilhamkan oleh era Dinasti Song Utara di China pada abad ke-12, Sword of Justice menjemput para pemain ke dalam satu pengembaraan epik merentasi dunia yang luas.

Pemain diberi kebebasan sepenuhnya untuk memilih haluan hidup mereka—sama ada menjadi seorang pahlawan perkasa, penjelajah yang gigih, artisan berbakat, atau sosialit yang gemar berinteraksi dan bermain peranan dengan pemain lain. Legenda peribadi anda sedia untuk dicipta mengikut acuan anda sendiri.

Ganjaran Istimewa Pra-Pelancaran untuk Pemain melalui Acara Cloud Face Edit

Sebagai tawaran istimewa sebelum pelancaran, pemain dari rantau Asia Tenggara berpeluang untuk mereka bentuk watak impian mereka lebih awal melalui acara Cloud Face Edit yang kini kembali. Dengan memanfaatkan teknologi AI, pemain boleh mengubah suai penampilan watak menggunakan input berbentuk teks atau imej.

Apabila rekaan tersebut siap, ia boleh dipindahkan dengan mudah ke dalam versi penuh Sword of Justice kelak.

Proses customization ini sangat terperinci, dengan lebih 300 parameter yang boleh diubah suai—merangkumi kontur wajah, pilihan solekan, hinggalah ke bentuk fizikal badan—bagi memastikan setiap pemain dapat menghasilkan penampilan yang unik.

Teknologi canggih ini turut menyokong butiran halus seperti ekspresi mikro, anak mata yang kelihatan realistik, serta simulasi helaian rambut yang seakan-akan hidup, membolehkan penciptaan watak yang sangat terperinci dan bernyawa.

Game Sepenuhnya Percuma dengan Kemajuan Berasaskan Skil dan Kebebasan Bermain di Mana-mana

Sword of Justice direka agar tidak terasa membebankan seperti pekerjaan kedua. Ia adalah sebuah game free-to-play sepenuhnya, di mana kemajuan watak bergantung sepenuhnya pada kemahiran pemain, disokong oleh had atribut yang terkawal dan penetapan semula secara bermusim.

Melalui sistem ‘Converging Paths’, kemajuan watak dipastikan adil, di mana ganjaran asas yang sama akan diterima oleh semua pemain, tidak kira sama ada anda seorang jaguh PvP kompetitif atau pemain santai yang bermain pada waktu terluang.

Tiada langsung unsur ‘pay-to-win’ di sini; anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk menikmati sepenuhnya kandungan yang ditawarkan.

Fleksibiliti Sword of Justice menjadikannya game yang bagus untuk dimainkan di mana-mana. Sama ada anda bercita-cita menjadi seorang jaguh wuxia yang menyahut setiap cabaran, atau lebih suka menikmati kehidupan yang tenang sebagai seorang petani, nelayan, pakar kaligrafi, atau ahli arkeologi, pilihannya tidak terhad.

Anda boleh menjadi kesemuanya dan banyak lagi. Corakkan pengembaraan anda mengikut kehendak sendiri dalam Sword of Justice, semuanya secara percuma.

NPC Digerakkan AI & Penceritaan yang Dibentuk Pemain

Sword of Justice mempersembahkan sebuah dunia terbuka yang amat luas, dipenuhi dengan musuh untuk ditentang dan rahsia untuk dibongkar. Bandar-bandarnya hidup dengan kehadiran pemain lain dan NPC yang boleh diajak berinteraksi.

NPC dalam game ini digerakkan oleh teknologi AI, memberikan mereka keperibadian dan memori tersendiri. Mereka mampu mengingati interaksi anda sebelum ini dan memberi respons yang dinamik.

Lupakan rutin NPC yang kaku dan berulang; dunia Sword of Justice akan bereaksi terhadap tindakan anda, membolehkan anda menjadi arkitek kepada kisah sendiri.

Bagi pemain yang ingin membina jaringan sosial, dunia Sword of Justice menyediakan pelbagai platform untuk berbuat demikian melalui pengalaman sosial yang terbuka.

Anda boleh membina hubungan dengan menjadi mentor kepada pemain lain, mengikat tali persaudaraan sebagai rakan pengembara, menubuhkan guild, malah menemui cinta. Ada juga kandungan cerita untuk pemain tunggal yang melebihi 100 jam, ditemani oleh rakan-rakan pintar yang akan membantu membentuk naratif unik anda.

Sama ada anda seorang yang gemar bersosial atau pemain solo yang lebih suka mengembara sendiri, dunia Sword of Justice menyediakan pengalaman mendalam untuk semua.

Sword of Justice turut menjanjikan pengalaman epik, dengan kandungan gameplay berjam-jam lama menanti sesiapa sahaja yang berani meneroka dunianya.

Ia merupakan sebuah game yang merangkumi segalanya: daripada pertarungan hebat dan dungeon yang mencabar, kepada seni menempa senjata dan mengumpul harta karun, sehinggalah kisah cinta yang mekar dan persaingan yang penuh debaran. Naratif ini adalah milik anda sepenuhnya.

Jadi, jangan lupa untuk menyertai Sword of Justice apabila ia dilancarkan untuk peranti mudah alih dan PC pada 7 November nanti.

Pastikan juga anda mengikuti saluran media sosial rasmi game ini untuk tidak ketinggalan sebarang pengumuman pada masa hadapan.

  • Laman Web Rasmi
  • App Store 
  • Google Play 
  • Steam 
  • Facebook 
  • Discord 

Tags: Sword of Justice
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X – Mantap Untuk Handheld Gaming, Namun Bukan Tanpa Kelemahan

Next Post

Kabin Pesawat Khas ‘Sonic the Hedgehog’ AirAsia Kini Tampil Dengan Wajah Baharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Kabin Pesawat Khas ‘Sonic the Hedgehog’ AirAsia Kini Tampil Dengan Wajah Baharu

Kabin Pesawat Khas 'Sonic the Hedgehog' AirAsia Kini Tampil Dengan Wajah Baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd