Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen Season 3 “The Culling Game Part 1” Akan Debut Januari 2026; Filem Kompilasi Tawarkan Pratonton Awal

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 1, 2025
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Jujutsu Kaisen Season 3 “The Culling Game Part 1” Akan Debut Januari 2026; Filem Kompilasi Tawarkan Pratonton Awal
Share on FacebookShare on Twitter

Penantian untuk babak seterusnya bagi siri anime popular Jujutsu Kaisen akan berakhir tidak lama lagi. Semasa siaran langsung istimewa bagi meraikan ulang tahun kelima anime tersebut, sebuah video teaser telah mengumumkan secara rasmi bahawa musim ketiga, yang berjudul Jujutsu Kaisen Season 3: The Culling Game Part 1 (Shimetsu Kaiyū Zenpen), akan membuat tayangan perdana pada Januari 2026.

Tidak lama kemudian, Crunchyroll turut mengesahkan bahawa ia akan menayangkan musim baharu itu secara eksklusif di seluruh dunia, dengan episod-episod baharu tersedia pada hari yang sama dengan siaran di Jepun. Buat masa ini, tiada platform penstriman lain yang telah disahkan.

Musim akan datang ini akan membawa penonton ke arc “Culling Game”, salah satu jalan cerita terpanjang dan paling padat dengan aksi dalam manga. Musim baharu ini bersambung selepas insiden Shibuya, yang menyaksikan Satoru Gojo dikurung, kematian Kento Nanami, dan Nobara Kugisaki yang dianggap telah mati. Kini, Yuji Itadori dan rakan-rakan lain perlu mengharungi Culling Game—sebuah pertarungan battle royale kejam yang dirancang oleh Kenjaku. Pertarungan ini memaksa para ahli jujutsu dan ‘curse user’ lain untuk berlawan hingga mati bagi menjayakan rancangan misterinya yang melibatkan Master Tengen.

Bukan itu sahaja, sebuah filem kompilasi teater bertajuk Jujutsu Kaisen: Execution -Shibuya Incident x The Culling Game Begins akan ditayangkan. Filem ini akan mula ditayangkan di Jepun pada 7 November sebelum diedarkan ke seluruh dunia. Ia akan berfungsi sebagai ringkasan (recap) bagi arc klimaks “Shibuya Incident” dari Season 2 dan juga sebagai pratonton awal, dengan menampilkan dua episod pertama musim ketiga.

◤
  『劇場版 #呪術廻戦
 「#渋谷事変 特別編集版」
      ×
 「#死滅回游 先行上映」』
11/7(金)劇場公開決定!!
            ◢

劇場版 キービジュアル公開!!

「呪いの混沌、渋谷、その先へーー」

同じ師を持つ #虎杖悠仁 と#乙骨憂太 がぶつかり合う!!… pic.twitter.com/KFTmOClIHw

— 『呪術廻戦』アニメ公式 (@animejujutsu) August 31, 2025

MAPPA akan kembali untuk menganimasikan siri ini, di mana sebahagian besar pasukan kreatif utama turut kembali menyambung peranan mereka. Barisan pelakon suara utama yang disahkan kembali termasuklah:

  • Junya Enoki sebagai Yuji Itadori
  • Yūma Uchida sebagai Megumi Fushiguro
  • Daisuke Namikawa sebagai Choso
  • Megumi Ogata sebagai Yuta Okkotsu
Tags: Jujutsu Kaisen
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Interviu Bersama Juara Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS WCS 2025, Snyffus & Yumehara Sensei!

Next Post

Genshin Impact Update “Song of the Welkin Moon”: Wilayah Nod-Krai, Watak Baharu & Ganjaran Ulang Tahun Ke-5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Genshin Impact Update “Song of the Welkin Moon”: Wilayah Nod-Krai, Watak Baharu & Ganjaran Ulang Tahun Ke-5!

Genshin Impact Update "Song of the Welkin Moon": Wilayah Nod-Krai, Watak Baharu & Ganjaran Ulang Tahun Ke-5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd