HoYoverse telah mengumumkan secara rasmi sebuah update utama baharu untuk RPG open-world-nya yang terkenal, Genshin Impact, yang bakal memperkenalkan wilayah Nod-Krai pada 10 September.
Bertajuk Version Luna I, “Song of the Welkin Moon: Segue,” babak utama ini juga menandakan permulaan acara Ulang Tahun Ke-5 Genshin Impact.
Update ini akan membawakan watak-watak baharu yang boleh dimainkan seperti Lauma dan Flins, perkembangan cerita utama yang melibatkan Fatui, serta pelbagai ganjaran, termasuk satu watak 5-bintang percuma pilihan pemain daripada standard banner.
Dalam Archon Quest baharu, pemain akan bergabung tenaga dengan Lauma dari Frostmoon Scions untuk menentang pencerobohan Fatui, berdiri bersama Flins si Lightkeeper dalam menentang “Wild Hunt” tanpa henti, dan bertemu sekutu baharu di Nasha Town.
Cita-cita Fatui di wilayah ini menjadi semakin jelas dengan ketibaan Eleventh Fatui Harbinger, “Marionette” Sandrone. Sementara itu, bekas Harbinger, Columbina — “The Damselette” — telah kembali ke tempat kelahirannya di Nod-Krai, di mana dia kini disanjung sebagai Moon Maiden.
Pertemuan dengannya mungkin akan menganugerahkan pemain satu restu yang kuat untuk perjalanan mereka.

Pemain boleh memulakan pengembaraan mereka di Nod-Krai selepas melengkapkan Mondstadt Archon Quest dan mencapai Adventure Rank 28 atau mereka boleh meneruskan jalan cerita utama sejurus selepas menamatkan bab Liyue.
Nod-Krai diselubungi oleh kuasa elemental purba yang dikenali sebagai Kuuvahki, yang membentuk muka bumi dan penduduknya.
Pemain boleh berinteraksi dengan kuasa ini untuk mengatasi cabaran penerokaan dan juga boleh bertukar menjadi bentuk hidupan unik, Kuuhenki, untuk meluncur laju di sepanjang tompokan kabus dan “Moonlanes” istimewa.
Dalam pertempuran, kuasa ini bermanifestasi pada musuh dan sekutu, memperkenalkan ‘Lunar Reactions’ yang memerlukan strategi baharu untuk dikuasai.


Tiga watak baharu yang boleh dimainkan dari Nod-Krai akan diperkenalkan dalam Versi Luna I:
- Lauma, 5-star Dendro Catalyst dan seorang “Moonchanter.” Dia memperkenalkan reaksi Lunar-Bloom baharu, menggunakan sumber istimewa yang dipanggil Verdant Dew untuk meningkatkan damage berkaitan Bloom pasukannya. Selaras dengan ikatannya dengan alam semula jadi, dia juga boleh bertukar menjadi bentuk separa manusia, separa rusa untuk bergerak dengan tangkas.

- Flins, 5-star Electro Polearm dan seorang Lightkeeper yang berpengalaman. Dia boleh melancarkan serangan Lunar-Charged yang kuat — sama ada satu serangan tunggal yang dahsyat atau serbuan serangan yang bertubi-tubi. Semasa penerokaan, dia boleh mendengar bisikan Wild Hunt.

- Aino, 4-star Hydro Claymore. Seorang pencipta yang bijak, dua ditemani oleh peranti berbentuk itik ciptaannya, “Knuckle Duckle.” Pemain boleh merekrut Aino ke dalam parti mereka secara percuma dengan meneruskan Archon Quest yang baharu.

Separuh pertama ‘Event Wishes’ dalam update ini akan menampilkan Lauma dan rerun untuk Nahida, berserta ‘Chronicled Wish’ bertemakan Sumeru. Separuh kedua pula akan membawakan kemunculan sulung Flins dan Aino, serta rerun untuk Yelan.
Satu ciri baharu, “Meeting Points”, akan membolehkan pemain melihat kehidupan harian rakan-rakan mereka.
Tambahan pula, untuk meraikan versi baharu ini dan Ulang Tahun ke-5 Genshin Impact, pelbagai ganjaran akan tersedia, termasuk watak 5-star percuma pilihan dari kumpulan Standard Wish, 10 Intertwined Fates daripada acara log masuk, 1,600 Primogem melalui mel dalam permainan, dan dua gajet bertemakan Nod-Krai.
Kemas kini kualiti hidup yang signifikan termasuk cara yang lebih pelbagai untuk mendapatkan Adventure EXP, kebolehan untuk melihat pratonton affix Artifact yang terkunci, dan slot persediaan pasukan yang diperluaskan.
Item baharu, Masterless Stella Fortuna, juga akan diperkenalkan, membolehkan pemain menukar lebihan constellation watak 5-star untuk meningkatkan watak melepasi had semasa sehingga ke Level 100.
Ke hadapan, HoYoverse turut memberikan butiran mengenai “Miliastra Wonderland,” sebuah sistem kandungan janaan pengguna (UGC) yang akan dilancarkan dalam Versi Luna II.
Dengan menggunakan alat editor “Miliastra Sandbox,” para pencipta boleh memanfaatkan sistem dan aset sedia ada Genshin Impact untuk mereka bentuk dan berkongsi pelbagai pengalaman, daripada simulasi dan permainan parti sehinggalah cabaran survival dan banyak lagi.

Genshin Impact Versi Luna I, “Song of the Welkin Moon: Segue,” akan dilancarkan pada 10 September untuk PlayStation, Xbox, PC, Android dan iOS, dengan sokongan penuh bagi cross-progression dan mod Co-op.









Discussion about this post