Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Eksklusif] Interviu Bersama Juara Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS WCS 2025, Snyffus & Yumehara Sensei!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 31, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Eksklusif, Esports, Kad Strategi, Kejohanan esports, Temuramah
0 0
0
[Eksklusif] Interviu Bersama Juara Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS WCS 2025, Snyffus & Yumehara Sensei!
Share on FacebookShare on Twitter

Suasana Yu-Gi-Oh! World Championship (WCS) 2025 kini sengat apabila dua juara baharu telah dinobatkan dalam divisyen Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS.

Selepas beberapa perlawanan yang sengit dan strategik, Philipp “Snyffus” Thomas dari Jerman merangkul trofi SPEED DUEL, manakala Kenya Nagatani, yang dikenali sebagai “夢原先生 (Yumehara Sensei),” dari Jepun muncul sebagai pemenang dalam pusingan akhir RUSH DUEL.

Kami berpeluang menemu bual kedua-dua juara sejurus selepas kemenangan yang cukup bermakna dalam kerjaya mereka untuk membincangkan perlawanan akhir mereka yang sengit, perjalanan mereka, dan perancangan masa depan.

Snyffus: Perjalanan Juara Speed Duel

Kredit: Digital Braves

Bagi Philipp “Snyffus” Thomas, kemenangan ini adalah satu detik yang sukar dipercayai dan seakan ‘klmaks’ kepada minat sepanjang hayatnya. Menjadi World Champion adalah matlamat yang sangat tinggi sehinggakan ramai duelist tidak berani menganggapnya sebagai satu pencapaian yang realistik.

“Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan kerana ianya sangat luar biasa,” kongsi Snyffus, yang masih memproses kemenangannya. Dia menyifatkan gelaran itu sebagai “impian setiap pemain Yu-Gi-Oh,” sambil mengakui betapa sukarnya untuk sampai ke puncak.

Format penyingkiran tunggal pada pusingan akhir menjadikan setiap perlawanan amat berisiko, menyebabkan dia merasa bahawa untuk menjadi juara adalah “mungkin terlalu sukar.” Namun, pada akhirnya, kemahiran dan keazamannya membuahkan hasil, dan dia mengakui, “Saya tidak percaya yang saya benar-benar berjaya melakukannya.”

Kredit: KONAMI

Laluan ke kejuaraan bukanlah mudah. Snyffus menyifatkan perlawanan akhirnya sebagai satu pertarungan yang sangat mencabar. “Keseluruhan pusingan akhir amat sengit,” imbasnya. Walaupun tewas pada perlawanan pertama, keyakinannya tidak pernah goyah.

Dia dan pasukannya telah merancang secara khusus untuk senario yang dihadapinya. “Ada satu perlawanan yang saya dan rakan-rakan latihan saya telah banyak bersedia untuknya… jadi saya sangat bersedia,” jelasnya. Walaupun tewas, fokusnya tetap utuh.

“Saya tetap kalah tetapi saya fikir tidak mengapa, saya bermain dengan sangat baik jadi saya tahu saya boleh melakukannya.” Kekuatan mental ini amat penting, dan Snyffus berbangga kerana dia “dapat bertenang” di bawah tekanan hebat untuk memastikan kemenangan comeback.

Kredit: KONAMI

Dengan gelaran juara dunia kini miliknya, Snyffus sudah pun memandang ke hadapan. Daripada berpuas hati dengan kejayaannya, dia kini menyasarkan satu lagi gelaran berprestij. “Matlamat saya sebelum kejuaraan dunia ini sebenarnya adalah untuk memenangi salah satu acara KC Cup pada musim akan datang,” katanya.

Sebagai World Champion bertahan, dia secara automatik layak untuk kejohanan akan datang, tetapi semangat persaingannya tetap membara seperti biasa. “Saya akan tetap mencuba,” tegasnya.

Kredit: KONAMI

Mengimbas kembali perjalanannya yang luar biasa, Snyffus mengucapkan terima kasih kepada sistem sokongannya. “Terima kasih kepada keluarga saya dan terima kasih kepada semua rakan saya yang menyokong saya dalam perjalanan menakjubkan ini,” katanya.

Hubungannya dengan game ini sangat mendalam, bermula sejak usia yang sangat muda. “Saya telah bermain Yu-Gi-Oh entah berapa tahun, sejak saya berumur 6 tahun, dan ia telah menjadi sebahagian besar dalam hidup saya.”

Yumehara Sensei: Menguasai Dunia Rush Duel

Kredit: Digital Braves

Dalam pusingan akhir RUSH DUEL, Kenya “Yumehara Sensei” Nagatani merangkul gelaran juara dalam format permainan yang lebih baharu ini. Reaksinya selepas menjadi World Champion adalah kegembiraan dan rasa kagum. “Saya sangat gembira. Saya bersyukur dapat memenangi kejuaraan ini,” katanya sambil tersenyum.

Baginya, pencapaian itu terasa seperti fantasi. “Juara dunia adalah sesuatu seperti impian menjadi kenyataan, terasa tidak benar.”

Kredit: KONAMI

Tidak seperti format Speed Duel yang sudah lama wujud, Rush Duel adalah tambahan yang agak baharu dalam DUEL LINKS. Perjalanan Yumehara Sensei ke puncak adalah satu proses tentang adaptasi dan penemuan. Dia mengakui secara jujur bahawa minatnya tidak datang serta-merta.

“Pada mulanya, saya sebenarnya tidak mempunyai semangat untuk bermain Rush Duel,” akuinya. Motivasi awalnya lebih praktikal: “jika saya melakukannya, saya boleh dapat Gems atau sesuatu.”

Kredit: KONAMI

Namun, apa yang bermula sebagai satu cara untuk mendapatkan sesuatu dengan cepat berkembang menjadi minat yang mendalam. “Saya fikir saya patut mencubanya, dan ia sangat menyeronokkan,” jelasnya.

Gameplay yang dinamik dan segar itu menarik minatnya, dan tidak lama kemudian dia mendapati dirinya tenggelam sepenuhnya dalam format baharu itu. “Saya terus terpikat dengannya.” Kisahnya mencerminkan perjalanan daripada rasa ingin tahu kepada penguasaan sepenuhnya, yang berakhir dengan ganjaran tertinggi.

Kredit: KONAMI

Apabila ditanya mengenai perancangan masa depannya, fokus Yumehara Sensei lebih kepada keseronokan berterusan dalam permainan berbanding anugerah tertentu. “Saya belum mempunyai matlamat yang jelas,” katanya, “tetapi saya ingin terus bermain Rush Duel selagi boleh.”

Kemenangannya adalah bukti kepada idea bahawa bermain kerana minat terhadap game boleh membawa seseorang ke tahap kejayaan yang tertinggi.


Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS tersedia secara percuma di App Store untuk iPad, iPhone dan iPod touch, Google Play untuk peranti Android, dan untuk PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila layari SINI.

Tags: EksklusifinterviuYu-Gi-Oh! Duel LinksYu-Gi-Oh! World Championship 2025
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] “Inilah Acara Gaming Terunggul Asia Tenggara” – Skala Luar Biasa gamescom asia x Thailand Game Show

Next Post

Jujutsu Kaisen Season 3 “The Culling Game Part 1” Akan Debut Januari 2026; Filem Kompilasi Tawarkan Pratonton Awal

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen Season 3 “The Culling Game Part 1” Akan Debut Januari 2026; Filem Kompilasi Tawarkan Pratonton Awal

Jujutsu Kaisen Season 3 "The Culling Game Part 1" Akan Debut Januari 2026; Filem Kompilasi Tawarkan Pratonton Awal

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd