Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Novel Visual Seram Psikologi ‘MAMIYA’ Akan Dibawa Ke Nintendo Switch Bersama Kandungan Baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Seram, Visual Novel
0 0
0
Novel Visual Seram Psikologi ‘MAMIYA’ Akan Dibawa Ke Nintendo Switch Bersama Kandungan Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Novel visual seram psikologi MAMIYA: A Shared Illusion of the World’s End bakal dilancarkan di Nintendo Switch. Asalnya dibangunkan sebagai sebuah projek doujin solo oleh Kokoroten dari Jepun, game ini mula-mula dikeluarkan di PC secara berperingkat dalam bentuk episod.

Pada 25 Jun 2026, pemain konsol bakal berpeluang menikmati keseluruhan koleksi lengkap. Pra-tempah kini dibuka di eShop.

Pelancaran versi konsol ini membawakan beberapa kemas kini, termasuklah lakonan suara penuh dalam bahasa Jepun, ilustrasi yang dikemas kini, serta elemen gameplay eksklusif.

Berlatarkan bandar Tokyo yang berada di ambang hari kiamat seperti yang diramalkan, MAMIYA mengisahkan sebuah cerita tentang kesedihan, isu eksistensial, dan usaha mencari hubungan sesama manusia. Kisah ini bermula di upacara pengebumian seorang rakan.

Di kala orang sekeliling sedang meratapi pemergian tersebut, sekumpulan pemuda mendapati diri mereka berasa asing dan tidak peduli, malah gagal mencari sebarang makna di sebalik kematian seseorang di saat dunia sendiri sedang menuju ke arah kehancuran.

Walau bagaimanapun, rutin harian mereka yang membosankan mula terganggu dengan kehadiran seorang kanak-kanak misteri dan aneh bernama Mamiya.

Mamiya perlahan-lahan menyusup masuk ke dalam hidup watak-watak ini dan menjadi sumber sokongan emosi yang pelik, sebelum akhirnya membawa mereka ke jalan yang mungkin berakhir dengan kematian sendiri.

Kisah ini disampaikan melalui tiga bahagian berbeza: Fall Down, Down Fall, dan DoomsDay Dreams, di mana setiap satunya menawarkan pilihan jalan cerita yang bercabang serta pelbagai pengakhiran.

Kandungan Eksklusif Konsol

Mungkin penambahan paling menarik dalam versi Switch adalah penggunaan Soyogi Soyogi, sebuah sintesis vokal AI canggih yang diasaskan daripada suara pelakon terkenal, Yuki Kaji. Perisian ini digunakan untuk menyuarakan beberapa entiti “MAMIYA”.

Ini menandakan kali pertama dalam sejarah visual novel sebuah game komersial menggunakan teknologi penjanaan suara AI sebagai sebahagian daripada barisan pelakon suara.

Bersama dengan dialog bersuara, versi Nintendo Switch turut membawakan beberapa kemas kini penting lain:

  • Visual Baharu: Versi ini menampilkan CG baharu yang eksklusif serta ilustrasi yang dikemas kini.
  • Minigame Interaktif: Pemain boleh mencuba minigame eksklusif Switch untuk membuka senario sampingan “what-if” istimewa, yang menawarkan kandungan naratif tambahan.
Tags: MAMIYA: A Shared Illusion of the World’s Endnintendo switch
ShareTweetSend
Previous Post

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

Next Post

Reviu Xiaomi 17T Pro – Jaguh Bateri 7000mAh & Zum 5x Yang Praktikal!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Reviu Xiaomi 17T Pro – Jaguh Bateri 7000mAh & Zum 5x Yang Praktikal!

Reviu Xiaomi 17T Pro - Jaguh Bateri 7000mAh & Zum 5x Yang Praktikal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd