Siapa disini memainkan game AAA dari Sucker Punch Production yang terbaru iaitu Ghost of Tsushima? Sebelum ini kami pernah mengongsikan studio tempatan kita berkerjasama dalam pembangunan permainan ini iaitu Passion Repulic kan~ Okay kali ini perkongsian ini bukan studio sahaja yang berkerjasama, rupa-rupanya hasil segala Concept Art, Lukisan animasi, lukisan Loadscreen dan banyak lagi dihasilkan oleh pasukan anak tempatan Malaysia iaitu Ian Chiew yang berkerja di SUCKER PUNCH PRODUCTIONS sebagai SENIOR CONCEPT ARTIST!
Ian Chiew atau nama sebenarnya IAN JUN WEI CHIEW telah bekerja di Sucker Punch Production sejak tahun 2017 hingga kini. Ian berasal dari Malaysia yang dibesarkan di Kuala Lumpur dan Singapura. Ian juga seorang pemegang sijil Bachelor of Fine Art (BFA) dari ACADEMY OF ART UNIVERSITY di San Francisco. Mempunyai pengalaman yang hebat bukan sahaja di Sucker Punch Production yang juga termasuk Sony Interactive Entertainment, Ian juga pernah bekerja di Turn 10 Studio (bawah Microsoft), juga mengendali beberapa projek freelance di Studio yang dikenali seperti THE ART OF DIRECTION – “ASSASSIN’S CREED”, GADGET-BOT STUDIOS – “KONNEXION”, NETEASE dan banyak lagi!
Jom usha dibawah hasil kerjanya untuk Pre-produksi dan Idea, Visual & Identiti juga perjalanan Art beliau dalam permainan Ghost of Tsushima:
“Saya bernasib baik dapat bekerja dari awal pembangunan Ghost of Tsushima sehingga diterbitkan. Ini adalah beberapa konsep yang telah saya hasilkan dalam pembangunan permainan ini. Ianya juga telah dipecahkan ke beberapa kontribusi.”
-Ian
CONCEPT ART
LOADSCREENS
Bukan sahaja bekerja sendirian, Ian turut berkolaboratif, komunikasi bersama pasukannya sebagai ketua dalam merancang, mengurus, merekrut dan menyediakan pelbagai maklum balas seni secara individu. Jom usha hasil kerjanya bersama pasukannya dalam Ghost of Tsushima.
Dalam penghasilan watak, menurut Ian gol mereka adalah untuk mencipta watak yang unik dengan menampilkan kecantikan dan kesahihan abad ke-12 Jepun dalam memenuhi kepuasan permainan ini.
“Saya menyediakan panduan visual interdisiplin melalui semua langkah perlaksanaan dengan mencari baki diantara ketentuan dan ekspresi kreatif untuk mencapai keputusan terbaik untuk pengeluaran.”
Bukan setakat itu, Ian juga turut bekerjasama dalam penghasilan konsep pemandangan dan latar belakang permainan;
Hebat-hebat semua hasil anak tempatan kita ni kan? Rasa bangga pula ada wakil dari Malaysia yang berjaya di prasada antarabangsa! Bukan setakat di dalam artikel ini sahaja, beberapa konsep art lain turut dihasilkan oleh Ian dalam permainan ini termasuk penghasilan Trailer dan Cinematik, juga branding Visual dan Marketing.
Jadi apa pendapat anda dengan hasil kerja Ian ini? Anda boleh saksikan sendiri semua hasilnya dilaman web beliau sendiri ianchiew.com. Tahniah Ian kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang popular sehingga satu dunia dalam permainan Ghost of Tsushima! Tak sabar rasanya nak tengok hasil kerja yang lain selepas ini! Anda semua, jangan lupa untuk membeli Ghost of Tsushima secara eksklusif di PS4 berharga RM249 untuk Standard Edition dan RM299 untuk Deluxe Edition.
Sumber: Ianchiew
@gamersantaimy
Discussion about this post