Tidak habis dengan kehangatan game Monster Hunter Iceborne yang sampai kini masih membuak-buak dan peminat ibarat boleh menjerit tanpa henti, nampaknya sebuah figurin dari salah satu Monster terkenal dalam siri ini membuat kemunculan kembali sehingga kami sendiri dapat unboxingnya berterima kasih kepada Gamer Break!
Monster yang dimaksudkan adalah Glavenus atau nama Jepunnya adalah 斬竜 (Dinovalde)! Dilancarkan pada tahun 2015, Dinovalde telah menjadi Monster kegemaran ramai peminat, dihasilkan semula dengan spesifikasi yang sama serta ekornya yang besar dan nampak seperti api biru yang membara, memang membuat kami teruja setelah mengeluarkannya dari kotak.
“Brute Wyven yang beraksi bersama ekor besar berwarna biru ibarat pedang. Ia menjadi makin hangat dan makin merah menyala dengan setiap serangan!”
Okay sebelum itu, pada yang tidak tahu mengenai Monster ini, meh sini kami ceritakan serba sedikit mengenai Dinovalde! Dinovalde adalah Brute Wyverns yang pertama kali diperkenalkan di Monster Hunter Generations. Dinovalde adalah Brute sangat besar dengan sisik merah gelap menutupi tubuhnya. Dua baris plat bertulang biru selari di belakangnya, dari mata ke ekor. Bahagian bawahnya lebih menyerupai warna krim.
Ciri utama fisiologi Dinovalde adalah ekornya yang seperti pedang. Ekornya pada awalnya sama warna dengan pelat belakangnya, walaupun akan berubah warna merah berapi selama pertempuran. Kaki belakangnya kuat dan berotot, sementara kaki depannya jauh lebih kecil dan tidak berguna. Wajah dan rahang ditutup dengan pelapisan yang kukuh, terutama menyerupai kepala Carnotaurus, walaupun lengan dan proporsinya dimodelkan berdasarkan Tyrannosaurus.
Dinovalde mampu mengasah ekornya seperti bilah di mulutnya untuk memberikan kemampuan untuk membuat letupan berapi dengan ekornya. Letupan ini bukan sahaja memberi jarak yang lebih besar kepada Dinovalde dengan beberapa serangannya, tetapi juga menjadikannya lebih kuat. Dinovalde adalah predator lincah dan agresif. Dinovalde sering menyeret ekornya ke tanah dan mengaum pada musuh, menunjukkan panas dan api yang menyala di kerongkongnya. Ini menunjukkan kepada musuh bahawa ia menggunakan api sebagai senjata dalam usaha menakut-nakutkan mereka. Bukan sahaja mereka dianggap sebagai salah satu Brute Wyvern yang terkuat, mereka juga dipercayai sebagai yang paling pintar di kawasan.
Sambung semula ke sesi Unboxing kami~ Pada pandangan pertama kami setelah mengeluarkannya dari kotak, kami memang agak teruja melihatnya kerana ianya nampak sangat teliti. Dari kepala sehinggalah ke ekornya, figurin Dinovalde ini dibuat oleh ABS dan PVC berukuran tinggi 200 x lebar 200 x dimensi 180mm termasuk bahagian pedestal. Ukirannya memang sangat cantik dan nampak sisik-sisiknya yang terserlah!
Jika dilihat dengan teliti, setiap sisik Dinovalde ini nampak seperti hidup, digabung dengan warna likatnya bersalut merah, biru dan ada sedikit kelabu asap menarik lagi mata kami dengan kagumnya. Bahagian bawah lebih kepada berwarna kelabu, manakala kakinya lebih kepada biru dan kelabu.
Yang nampak lebih garang adalah bahagian ekornya yang disaluti warna metallic ungu dengan gradient kelabu. Ibarat realiti, anda boleh fokus kat ekor lah! Bahagian kepala mula anda boleh lihat dimulutnya lidah berwarna merah jambu cair dan gigi agak kekuningan, dan matanya sahaja nampak agak biasa berwarna biru bertitik hitam.
Anda hampir tidak dapat melihat figurin ini hanyalah plastik pada gambar ini, mereka benar-benar menyembunyikannya dengan baik di antara batu-batu serta di bawah timbangan yang rapuh yang selalu menjadi nilai tambahan dan menunjukkan seberapa baik pengerjaan hasil ukirannya.
Bagi pengalaman kami secara keseluruhan pada susuk figurin ini memang benar-benar puas hati dan mempunyai berat badan yang stabil dengan kualiti rangka ini dan yang paling penting, harganya berbaloi dengan apa yang boleh didapatkan!
Perincian model “Monster Hunter” Glavenus/Dinovalde:
Saiz model: 29.0cm x 27.2cm x 24.2cm
Berat: 1.4 KG
Bahan: PVC, resin ABS
Harga: RM 549 (Penghantaran percuma)
Figurin ini anda boleh dapatkan di laman web rasmi Gamer Break atau anda boleh terus ke Facebook mereka! Gamer Break ada pelbagai lagi figurin dan versi fizikal Game yang korang boleh dapatkan dengan harga yang berbaloi! Jadi apa lagi? Jom shopping!
@gamersantaimy
Discussion about this post