Selepas gagal menyaman Moonton di China pada bulan lepas, Riot Games kini kembali dengan menyaman NetEase pula di United Kingdom. Game yang terlibat dengan perkara ini adalah Valorant daripada Riot Games dan Hyper Front daripada NetEase.
Sebelum game Hyper Front dikeluarkan lagi, ramai peminat sudah mengatakan yang game ini adalah Valorant versi mobile. Hal ini kerana, terdapat beberapa elemen yang penting seperti watak, statistik senjata, peta dan banyak lagi adalah sama seperti di dalam Valorant.
Namun, apabila ia dikeluarkan dengan nama yang berbeza, ramai peminat sedar yang rupanya Hyper Front ini adalah game yang meniru Valorant secara keseluruhannya. Apa yang membezakannya adalah platform di mana Valorant hanya boleh didapatkan di PC manakala Hyper Front boleh didapati di mobile.
Dalam kes saman menyaman seperti ini, Riot sendiri telah meningkatkan usaha mereka untuk meneruskan tindakan undang-undang kepada game “klon”. Namun baru-baru ini, saman terhadap Moonton yang dihantar oleh Riot Games ke mahkamah di Amerika Syarikat telah ditolak kerana kes tersebut adalah milik China. Berkemungkinan besar, Riot akan mengalami masalah sama dengan NetEase.
Menurut dakwaan yang dikeluarkan Riot Games, mereka mengatakan yang NetEase hanya menukar warna beberapa skill watak atau langsung tidak mengubah suai penampilan visual dan boleh lihat dengan sangat jelas bahawa ia adalah pelanggaran hak cipta. Persamaan yang dikatakan Riot Games adalah watak, peta, senjata, skin dan ganjaran di mana NetEase memasukkan ke dalam Hyper Front.
Riot Games bukan sahaja menghantar saman tersebut di United Kingdom, malah beberapa negara lain yang mempunyai pemain aktif Hyper Front termasuk Jerman, Brazil dan Singapura. Nampaknya, mereka mengambil isu ini dengan sangat serius. Memandangkan China langsung tidak mengendahkan isu Hak cipta, Riot Games terus berusaha untuk memfailkan kesnya di mana-mana sahaja kecuali China.
Apalah nasib si Riot Games kali ini? Harapnya, ada beberapa pihak yang menyokong Riot Games dalam kes hak cipta ini. Apapun, ini sebenarnya adalah satu tindakan yang bagus dan patut menjadi contoh kepada semua developer terhadap penjagaan hak cipta sesuatu perkara tertentu.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post