Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Miles Morales lawan geng Spider-Man dalam filem Across the Spider-Verse? Senarai Spidey yang muncul!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 14, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Miles Morales lawan geng Spider-Man dalam filem Across the Spider-Verse? Senarai Spidey yang muncul!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kejayaan besar filem Spider-Man: Into the Spider-Verse, Sony kini sibuk membikin sekuelnya Spider-Man: Across the Spider-Verse yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 1 Jun 2023! Hari ini, Sony Pictures telah mengeluarkan trailer baru untuk Across the Spider-Verse  yang menyaksikan Miles Morales (Shameik Moore) berlawan dengan beratus-ratus Spider-Man lain sambil mengembara melalui multiverse.

Korang boleh tonton dahulu trailer di bawah:

Seperti yang korang dapat lihat, trailer baru memberi gambaran lebih mendalam ke sekuel Spider-Verse, di mana Miles akan bertemu semula dengan rakan lama serta rakan baharu dalam multiverse.

Semasa adegan awal antara Miles dan ibunya, Rio Morales, dia meluahkan rasa bimbang melihat anaknya membesar dengan begitu cepat. Bukan itu sahaja, Gwen Stacy a.k.a. Spider-Gwen (Hailee Steinfeld) dan Peter B. Parker (Jake Johnson) juga kembali untuk bantu Miles manakala “antagonis” besar kali ini adalah Miguel O’Hara a.k.a. Spider-Man 2099 (Oscar Isaac).

Namun, selain daripada yang saya sebutkan tadi, sebenarnya ada banyak lagi varian Spider-Man yang muncul dalam Across the Spider-Verse. Ada yang sangat-sangat terkenal, ada yang baru; di bawah adalah seanrai watak Spider-Man terkenal yang ramai peminat komik, filem dan game pasti pernah lihat!

Spider-Gwen

Peter B. Parker

Spider-Woman: Jessica Drew

Spider-Man 2099

Lady Spider – Aka “Steampunk Spider”

Spinneret & Spiderling

The Bombastic Bag-Man

Spider-Man: Mangaverse

Playstation’s Spider-Man

Spider-Punk

Spider-Man India

Spider-Man Unlimited

Itu baru sedikit. Ada yang saya dapat kenal pasti seperti Ben Reilly dan Superior Spider-Man tetapi gambar mereka terlalu kabur, jadi lebih baik kita tunggu visual yang lebih jelas.

Sinopsis:

Miles Morales kembali untuk bab seterusnya dalam saga Spider-Verse, Spider-Man: Across the Spider-Verse.

Selepas bersatu semula dengan Gwen Stacy, dia dilontarkan merentasi Multiverse , di mana dia bertemu dengan pasukan Spider-People yang ditugaskan untuk melindungi kewujudan mereka. Tetapi ancaman baharu muncul dan Miles mendapati dirinya terpaksa bertarung dengan Spider-Man lain serta harus mencari semula maksud menjadi “hero” supaya dia boleh menyelamatkan orang yang paling dia sayang.”

Sekali lagi saya ingatkan, Spider-Man: Across the Spider-Verse akan ditayangkan di Malaysia pada 1 Jun 2023. Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Spider-Man termasuk fakta dan trivia menarik, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasifilemSonySpider-ManSpider-Man: Across the Spider-Verse
Previous Post

Mega Man Battle Network Legacy Collection tersedia di PS4, Switch & PC pada 14 April 2023!

Next Post

Hyper Front meniru Valorant? Riot Games terus saman NetEase atas isu plagiat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!
Berita

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

June 25, 2025
Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!
Filem

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

June 25, 2025
NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan
Beta

NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan

June 25, 2025
Next Post
Hyper Front meniru Valorant? Riot Games terus  saman NetEase atas isu plagiat

Hyper Front meniru Valorant? Riot Games terus saman NetEase atas isu plagiat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd