Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Z: Kakarot ‘Bardock DLC’ akan tiba 13 Januari 2023, visual baru ditunjukkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 14, 2022
in Anime, ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Ball Z: Kakarot ‘Bardock DLC’ akan tiba 13 Januari 2023, visual baru ditunjukkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco dan CyberConnect2 mengumumkan bahawa DLC baru Dragon Ball Z: Kakarot “-Bardock- Alone Against Fate” rasmi akan dilancarkan pada 13 Januari 2023 bersama pelancaran versi PlayStation 5 dan Xbox Series.

Nasib baik, Bandai Namco bermurah hati memberi info baru serta mengeluarkan trailer penuh aksi berdurasi hampir 5 minit untuk kandungan akan datang. Berikut adalah videonya:

Video di atas bertajuk “Battle for Planet Vegeta,” dan menunjukkan Bardock melawan askar-askar Frieza Force di angkasa lepas. Bagi mereka yang tidak tahu, Planet Vegeta ialah lokasi yang penting dan merupakan planet asal kepada Goku, Vegeta, dan semua kaum Saiyan. Adegan di atas mungkin adalah pertempuran terakhir sebelum planet dihancurkan oleh Frieza.

Sebelum ini, Bandai Namco mempamerkan visual dan pertempuran di Planet Kanassa, salah satu lokasi yang dilawat oleh Bardock semasa menjalakan misi. Untuk info penuh tentang bahagian ini, korang boleh baca artikel ini.

Berbeza daripada Xenoverse, DBZ Kakarot cuba mereplikasikan peristiwa di dalam manga/anime dalam cara paling tulen mungkin jadi kebanyakan aksi yang berlaku di dalam game diilhamkan oleh sumber original. Memandangkan kisah Bardock tidak banyak diketahui, ini memberi cara yang interaktif untuk peminat mengalami kisah hidup ayah Goku.

“-Bardock- Alone Against Fate” merupakan DLC pertama daripada tiga DLC dalam rancangan untuk Dragon Ball Z: Kakarot Season Pass 2. Buat masa ini, kita tidak tahu apakah isi kandungan DLC berikutnya, tetapi ramai peminat membuat spekulasi studio akhirnya akan menyentuh kisah Dragon Ball Super (sambungan kepada Z).

DLC Bardock – Alone Against Fate akan dilancarkan pada 13 Januari bersama Dragon Ball Z: Kakarot versi PlayStation 5 dan Xbox Series.

Tags: bardockDLCDragon Ball Z: Kakarot
Previous Post

Hyper Front meniru Valorant? Riot Games terus saman NetEase atas isu plagiat

Next Post

Metacritic Dedahkan Game 2022 Dengan Skor Terendah, Antaranya Babylon’s Fall!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Metacritic Dedahkan Game 2022 Dengan Skor Terendah, Antaranya Babylon’s Fall!

Metacritic Dedahkan Game 2022 Dengan Skor Terendah, Antaranya Babylon's Fall!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd