Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HoYoverse Umum ‘Petit Planet,’ Game Life Simulation Kosmik Baharu; Pendaftaran Beta Kini Dibuka

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2025
in Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile, PC, Simulator
0 0
0
HoYoverse Umum ‘Petit Planet,’ Game Life Simulation Kosmik Baharu; Pendaftaran Beta Kini Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse, pembangun terkenal di sebalik judul seperti Genshin Impact dan Honkai: Star Rail, telah mengumumkan langkah pertamanya ke dalam genre life simulation dengan game baharu, Petit Planet. Judul bertemakan kosmik ini sedang dalam pembangunan untuk PC dan peranti mobile, dengan platform tambahan sedang dipertimbangkan.

Pendaftaran kini sedang dijalankan untuk Beta Tertutup pertama game ini, yang diberi nama “Coziness Test,” yang akan tersedia untuk pemain PC dan iOS. Bakal penguji boleh mendaftar melalui laman web rasmi yang baru dilancarkan.

Petit Planet mengajak pemain menyertai sebuah perjalanan penuh pengembaraan untuk membangunkan planet mereka sendiri dan membina sebuah galaksi. Game ini menggabungkan elemen penciptaan, penemuan, dan komuniti ke dalam satu pengalaman di mana pemain akan bermula di planet unik mereka sendiri, yang boleh dibangunkan dan dibentuk menggunakan tenaga penting yang dipanggil “Luca,” untuk mengubah landskap dan menghidupkannya.

Sebagai sebuah game life simulation, Petit Planet menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan—termasuk menanam tanaman eksotik, memancing, mencari barangan di pantai, melombong, memasak dan mereka cipta. Game ini juga menekankan kreativiti dan personalisasi, membolehkan pemain menggayakan watak, reka dalaman rumah, dan menyusun perabot di luar. Dengan Luca, langit, padang rumput, dan pantai juga boleh diubah suai mengikut cita rasa pemain.

Ciri utama game ini adalah membina hubungan dengan “Neighbors”—rakan comel yang mempunyai personaliti, cerita dan impian mereka sendiri. Pemain boleh menjemput Jiran ini untuk menetap di planet mereka, mengeratkan persahabatan melalui perbualan dari hati ke hati dan pertukaran hadiah. Apabila planet semakin makmur, begitu juga ikatan persahabatan yang terjalin di atasnya.

Pengalaman ini tidak terhad kepada satu dunia sahaja. Pemain boleh menaiki kenderaan untuk memulakan “Starsea Voyage,” meneroka pulau-pulau kecil yang tidak diketahui, menemui makhluk-makhluk rare, dan mencari resipi tersembunyi. Untuk interaksi sosial, “Galactic Bazaar” akan berfungsi sebagai sebuah hab yang sibuk di mana pemain boleh bertemu, berbual sambil minum kopi, menyertai acara-acara perayaan, dan menjalinkan hubungan dengan pemain lain.

Dengan menampilkan arah seni 3D yang kartun tapi bergaya, Petit Planet menandakan satu arah tuju baharu yang penting bagi HoYoverse dengan meneroka gameplay sosial dan multiplayer dalam genre life simulation.

Pemain yang berminat untuk menyertai “Ujian Coziness” boleh mendaftar sekarang dengan melayari laman web rasmi di planet.hoyoverse.com dan melengkapkan soal selidik pengambilan. Sebilangan pemohon yang terpilih akan diberikan akses kepada ujian tersebut.

Tags: Petit Planet
ShareTweetSend
Previous Post

Nioh 3 Diumumkan Untuk PS5 & PC, Bakal Dilancarkan Februari 2026

Next Post

Akhirnya The Seven Deadly Sins: Origin Ada Tarikh Pelancaran, Akan Datang Januari 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Akhirnya The Seven Deadly Sins: Origin Ada Tarikh Pelancaran, Akan Datang Januari 2026

Akhirnya The Seven Deadly Sins: Origin Ada Tarikh Pelancaran, Akan Datang Januari 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd