Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akhirnya The Seven Deadly Sins: Origin Ada Tarikh Pelancaran, Akan Datang Januari 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Akhirnya The Seven Deadly Sins: Origin Ada Tarikh Pelancaran, Akan Datang Januari 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Netmarble telah mengumumkan tarikh pelancaran global untuk RPG aksi open world yang sangat dinanti-nantikan, The Seven Deadly Sins: Origin. Judul ini dijadualkan untuk dilancarkan pada 28 Januari 2026, untuk PlayStation 5, Steam (PC), dan peranti mobile Android dan iOS.

Video gameplay yang baru didedahkan menawarkan gambaran tentang pengalaman game ini, mempamerkan penceritaan single-playe dan ciri-ciri multiplayer co-op. Trailer tersebut menyerlahkan benua Britannia yang luas dan dihasilkan dengan teliti, di mana pemain boleh terlibat dalam pelbagai aktiviti selain bertarung, termasuk memancing, memasak, dan mengumpul bahan. Bagi mereka yang mencari pengembaraan bersama rakan-rakan, game ini akan menyokong parti sehingga lima pemain untuk mencabar dungeon dan mendedahkan rahsia tersembunyi bersama-sama.

The Seven Deadly Sins: Origin berlatarkan dunia manga/anime popular oleh Nakaba Suzuki, yang telah terjual lebih 55 juta naskhah. Game ini menampilkan sebuah kisah serba baharu, mengajak pemain untuk memegang peranan sebagai Prince Tristan dari Kingdom of Liones. Dia memulakan sebuah pengembaraan besar untuk memulihkan ketenteraman di Britannia selepas negara itu menjadi huru-hara akibat perlanggaran misteri antara masa dan angkasa.

Pemain akan membentuk sebuah pasukan yang pelbagai wira, menampilkan watak-watak kegemaran peminat dari seluruh siri daripada garis masa asal mereka, serta wira-wira baharu yang membuat penampilan pertama mereka dalam The Seven Deadly Sins: Origin. Setiap watak memiliki kebolehan unik, membolehkan pembentukan pasukan yang strategik untuk meneroka dunia terbuka yang dinamik, dipenuhi dengan raksasa yang kuat dan landskap yang mempesonakan.

Pra-pendaftaran kini dibuka di Google Play, App Store, dan laman web rasmi. Pemain PC dan konsol boleh menambah game ini ke dalam wishlist mereka di Steam dan PlayStation Store.

Selain itu, Netmarble kini sedang merekrut pemain untuk ujian Beta Tertutup. Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendaftar melalui laman web rasmi.

Tags: The Seven Deadly Sins: Origin
ShareTweetSend
Previous Post

HoYoverse Umum ‘Petit Planet,’ Game Life Simulation Kosmik Baharu; Pendaftaran Beta Kini Dibuka

Next Post

[TGS25] Previu DRAGON QUEST I & II HD-2D Remake – Sebuah Kembara Nostalgia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
[TGS25] Previu DRAGON QUEST I & II HD-2D Remake – Sebuah Kembara Nostalgia

[TGS25] Previu DRAGON QUEST I & II HD-2D Remake - Sebuah Kembara Nostalgia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd