Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nioh 3 Diumumkan Untuk PS5 & PC, Bakal Dilancarkan Februari 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2025
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Nioh 3 Diumumkan Untuk PS5 & PC, Bakal Dilancarkan Februari 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo secara rasminya mengumumkan bahawa Nioh 3, sekuel dalam siri RPG aksi gelap Sengoku ciptaan Team NINJA, akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam pada 6 Februari 2026.

Bagi meraikan pengumuman tersebut, sebuah trailer baharu yang diarahkan oleh pengarah filem terkemuka, Shinji Higuchi, telah didedahkan, memberikan gambaran sinematik tentang naratif yang menanti para pemain. Pra-tempah untuk game ini juga kini telah dibuka di kedua-dua platform.

Dalam Nioh 3, pemain akan memegang peranan sebagai Tokugawa Takechiyo, pewaris yang bakal menjadi Shogun seterusnya. Berlatarbelakangkan zaman Sengoku Jepun yang bergolak, keamanan hancur berkecai apabila adik Takechiyo, Tokugawa Kunimatsu, merancang rampasan kuasa yang ganas. Diselubungi kebencian dan diperkasakan oleh satu kuasa jahat, Kunimatsu melepaskan gerombolan yokai jahat ke seluruh negara, menjerumuskan Jepun ke dalam kancah kehancuran. Untuk terus hidup dan menuntut kembali takdirnya, Takechiyo perlu bergantung pada kuasa misteri semangat pelindungnya, Kusanagi, untuk merentasi masa dan menyelamatkan negaranya yang dilanda perang.

Game ini menjanjikan naratif pada skala yang lebih besar berbanding sebelum ini. Merangkumi pelbagai era dan wilayah yang luas, Nioh 3 akan menampilkan lokasi-lokasi zaman Sengoku seperti Istana Edo dan wilayah Tōtōmi (yang boleh diterokai dalam demo Alpha), serta ibu kota zaman Heian iaitu Kyoto yang baru sahaja didedahkan. Pemain juga akan dapat meneroka setiap era secara bebas melalui pengalaman open world, yang menampilkan persekitaran yang unik. Dalam misi berbahayanya untuk menggagalkan konspirasi adiknya, Takechiyo akan berdepan dengan pelbagai yokai dan musuh-musuh manusia yang handal, sambil menyahut cabaran baharu yang dikenali sebagai Crucible.

Sepanjang perjalanan merentasi masa ini, pemain akan bertemu dengan pelbagai watak dari era yang berbeza, termasuk Takeda Shingen, Minamoto no Yoshitsune, dan Minamoto no Yoritomo. Tokoh-tokoh terkenal lain yang tidak asing lagi bagi peminat siri ini juga akan berselisih dengan Tokugawa Takechiyo, antaranya Hattori Hanzo, Honda Tadakatsu, dan Saito Fuku.

Koei Tecmo turut mengumumkan bahawa pelakon terkenal Tao Tsuchiya dan Kanata Hongo akan menyumbangkan bakat mereka dalam game ini. Tsuchiya akan membawa watak Himiko, ratu misteri dari Yamatai-koku, manakala Hongo akan menyumbangkan suara untuk watak antagonis, Kunimatsu Tokugawa.

Tags: Nioh 3
ShareTweetSend
Previous Post

Monster Hunter Outlanders Mendedahkan Gameplay Pertama; Daftar Beta Tertutup Bermula

Next Post

HoYoverse Umum ‘Petit Planet,’ Game Life Simulation Kosmik Baharu; Pendaftaran Beta Kini Dibuka

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
HoYoverse Umum ‘Petit Planet,’ Game Life Simulation Kosmik Baharu; Pendaftaran Beta Kini Dibuka

HoYoverse Umum 'Petit Planet,' Game Life Simulation Kosmik Baharu; Pendaftaran Beta Kini Dibuka

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd