Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai Star Rail: Fakta Menarik Tentang Kafka — Stellaron Hunter yang Memikat Hati Pemain!

Maira by Maira
August 9, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Game
0 0
0
Honkai Star Rail: Fakta Menarik Tentang Kafka — Stellaron Hunter yang Memikat Hati Pemain!

Sumber: HoYoverse

Share on FacebookShare on Twitter

Honkai: Star Rail telah pun mengeluarkan banner watak terbaru yang memaparkan Stellaron Hunter, Kafka! Memang ramai pemain yang teruja apabila banner Kafka bermula. Kami pasti ramai yang sudah pull banner tersebut dan mengongsikan hasil pull kepada kawan-kawan. Alang-alang keterujaan Kafka sedang tinggi, jom kami senaraikan beberapa fakta menarik tentangnya.

Pengenalan ringkas

Kafka merupakan salah seorang watak daripada game Honkai: Star Rail yang mempunyai elemen Lightning dengan path The Nihility. Kalau anda ingin tahu, dia merupakan salah seorang Stellaron Hunters, sebuh organisasi misteri yang mengumpul Stellaron. Bersamanya ialah Silver Wolf, Blade dan Sam. Walaupun begitu, dia masih lagi seseorang yang penuh misteri dan anggota Stellaron Hunter yang paling dipercayai Elio, pengasas organisasi itu.

Fakta menarik mengenai Kafka

  • Watak pertama yang dimainkan dalam Honkai: Star Rail

Selalu kalau mulakan game, kita pasti bermula dengan watak utama. Tetapi bukan untuk Star Rail kerana peringkat tutorial game kita bermain sebagai Kafka bersama-sama Silver Wolf.

Sumber: HoYoverse
  • Membeli belah sebagai hobi

Melihat gaya penampilan Kafka, tidak peliklah jika dia suka membeli belah. Dengan gaya elegan yang menyerlah, sudah tentu dia mempunyai koleksi-koleksi pakaian dan kot yang bergaya. Mungkin kita boleh melihat pakaian lain Kafka jika HoYoverse memperkenalkan skin dalam Honkai: Star Rail.

  • Kebolehan untuk mengawal orang lain

Dia mempunyai kebolehan yang dipanggil Spirit Whisper. Dengan kebolehan itu, Kafka boleh mengawal beberapa orang untuk menurut kata-katanya, termasuklah Trailblazer kita untuk menyerap Stellaron yang ada dalam badannya.

  • Namanya dipinjam daripada penulis novel
Sumber: HoYoverse

Untuk pengetahuan anda, Kafka dinamakan sempena penulis novel, Franz Kafka. Bukan setakat itu sahaja, perwatakan penulis itu juga diterapkan pada watak tersebut. Franz Kafka juga dikatakan sebagai seorang pemidato yang bersemangat yang dapat mengekspresikan dirinya dengan muzik. Menariknya, perwatakan itu juga dicerminkan oleh Kafka di mana dia telah meniru pergerakan biola semasa Pachelbel’s Canon dimainkan dalam cutscene game.

  • Reka bentuk yang mempunyai elemen labah-labah
Sumber: HoYoverse

Salah satu lagi elemen yang diinspirasikan oleh Franz Kafka adalah novelnya yang bertajuk The Metamorphosis, di mana protagonis yang bertukar menjadi serangga besar setelah bangun. Jika anda lihat pada pakaian Kafka, anda boleh nampak elemen labah-labah. Bukan setakat itu sahaja, butang skill dan ultimate semasa battle juga mempunyai simbol labah-labah dan sarang labah-labah.


Itu sahaja yang kami mahu kongsikan kepada anda! Sekarang anda sudah mengenali Kafka serba sedikit. Harap-harap lebih banyak perkara menarik mengenainya didedahkan nanti. Untuk mendapatkan berita menarik tentang Honkai: Star Rail, boleh klik pautan ini.

Download sekarang!
Honkai: Star Rail
Publisher: COGNOSPHERE PTE. LTD.
Developer: HoYoverse
Release Date: 2023-04-26
Android, iOS, Steam
Honkai: Star Rail akan membawa anda ke pelbagai alam semesta, penuh dengan pengembaraan dan aksi. Game RPG ini memaparkan sistem turn-based combat yang mudah dimainkan serta peta yang besar. Ia juga mempunyai maze dan puzzle untuk diselesaikan oleh pemain, memberikan pelbagai kejutan dan ganjaran sepanjang game.
Tags: Honkai: Star RailKafka
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Nitro 16 baru mendarat di Malaysia, harga bermula RM5799!

Next Post

Hololive Indonesia umum penampilan baru untuk Gen 3, live stream khas pada 15 Ogos!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Hololive Indonesia umum penampilan baru untuk Gen 3, live stream khas pada 15 Ogos!

Hololive Indonesia umum penampilan baru untuk Gen 3, live stream khas pada 15 Ogos!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd