Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HoYoverse Umum ‘Nodusfall’ – Tinggalkan Visual Anime Untuk Grafik Ultra Realistik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2026
in Action, Artikel, Berita, RPG
0 0
0
HoYoverse Umum ‘Nodusfall’ – Tinggalkan Visual Anime Untuk Grafik Ultra Realistik
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse, yang terkenal di sebalik judul-judul popular seperti Genshin Impact, Honkai: Star Rail, dan Zenless Zone Zero, secara rasmi telah mengumumkan projek besar mereka yang seterusnya: Nodusfall.

Diumumkan di Gamescom Opening Night Live, game ini agak mengejutkan memandangkan ada perubahan visual yang cukup drastik. Berbeza daripada estetika anime yang sinonim dengan studio tersebut sebelum ini, Nodusfall memperkenalkan sebuah dunia fantasi gelap yang photorealistic, dihidupkan memakai Unreal Engine 5.

Menurut HoYoverse, Nodusfall membawa pemain ke sebuah dunia yang berpecah-belah, di mana kuasa dewa telah hancur dan dunia lama runtuh sepenuhnya.

Pemain akan menggalas peranan sebagai seorang “Weaver”. Demi meneruskan hidup dan mengembalikan semula keseimbangan dunia, anda perlu bekerjasama dengan rakan sekutu, memburu makhluk mitos gergasi, serta merampas baki sisa kuasa dewa yang tinggal. Game ini mengambil inspirasi daripada pelbagai mitologi dunia untuk membentuk latar ceritanya.

The divine offer no answer. Severed threads scatter across the heavens.
Calamity descends in silence, and boundless wilds overtake the land.
The Weaver sets forth in search of memories long concealed.

Welcome to the official Nodusfall account.
Together with Weavers everywhere,… pic.twitter.com/f6ovOR6X1r

— Nodusfall (@Nodusfall) August 25, 2026

Satu lagi perubahan adalah pada gameplay. Tidak seperti aksi pantas bertukar watak dalam judul-judul HoYoverse sebelum ini, Nodusfall memberikan tumpuan kepada mod co-op multiplayer dan sistem combat taktikal.

Trailer pertama menunjukkan pasukan empat pemain bertarung boss bersaiz gergasi; termasuk titan berapi, burung phoenix, dan naga gergasi. Hayunan senjata yang terasa lebih berat, sistem pengurusan stamina, serta kerjasama pasukan tersusun membuatkan ramai pemain membuat perbandingan dengan game seperti Monster Hunter dan Elden Ring.

Setakat ini, HoYoverse masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi mahupun mengesahkan platform untuk Nodusfall.

Namun, melihat kepada kualiti grafik yang dipersembahkan serta skala pertarungann yang besar, kami menjangkakan judul ini berkemungkinan besar disasarkan untuk konsol dan PC sahaja.

Tags: HoYoverseNodusfall
ShareTweetSend
Previous Post

RPG Open-World ‘ANANTA’ Akan Dilancarkan Pada 15 Januari 2027

Next Post

Final Fantasy VII Revelation – Trailer Baru Dedahkan Boss Weapon, Kapal Highwind & Sistem FITS

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Final Fantasy VII Revelation – Trailer Baru Dedahkan Boss Weapon, Kapal Highwind & Sistem FITS

Final Fantasy VII Revelation - Trailer Baru Dedahkan Boss Weapon, Kapal Highwind & Sistem FITS

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd