Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RPG Open-World ‘ANANTA’ Akan Dilancarkan Pada 15 Januari 2027

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2026
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG, Steam
0 0
0
RPG Open-World ‘ANANTA’ Akan Dilancarkan Pada 15 Januari 2027
Share on FacebookShare on Twitter

Kepada mereka yang sedang menantikan game urban open-world ANANTA, penantian anda akhirnya mempunyai tarikh rasmi. NetEase Games dan pembangun Naked Rain mengesahkan bahawa RPG anime free-to-play ini akan dilancarkan pada 15 Januari 2027 untuk PlayStation 5, PC, iOS, dan Android.

Tarikh pelancaran ini diumumkan bersama gameplay terbaharu di acara Gamescom 2026 Opening Night Live.

Sering digambarkan oleh peminat sebagai gabungan Marvel’s Spider-Man dan game open-world sandbox moden, ANANTA membawakan dunia di mana kisah mitos dan anomali luar biasa menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.

Pemain akan menggalas watak sebagai penyiasat Esper yang dikenali sebagai “Infinite Trigger”. Bersama rakan sekutu dengan pelbagai personaliti unik, misi anda adalah menyiasat gangguan paranormal, melawan entiti berbahaya yang mengancam ketenteraman, serta mengumpul semula memori yang hilang.

Pengembaraan bermula di Nova City, di mana anda boleh selesaikan pelbagai side quest, bermain dengan kucing di taman, atau mencuba pelbagai mini-game santai.

Sistem pergerakan merupakan antara tarikan utama game ini. Traversal dalam ANANTA sangat pantas dan tiada sebarang had stamina, memberikan kita kebebasan penuh untuk meneroka seluruh peta.

  • Grapple & Swing
  • Wall-Running & Parkour
  • Kenderaan & Pengangkutan Unik

Apabila berdepan musuh, ANANTA bertukar menjadi aksi combat pantas berasaskan pasukan. Kita meneroka dunia sebagai satu watak, tetapi boleh bertukar antara empat ahli parti dengan pantas semasa bertarung.

Setiap watak mempunyai senjata, kuasa elemen, serta kemahiran crowd-control tersendiri. Combat juga membolehkan kita berinteraksi dengan persekitaran; seperti menggunakan kuasa telekinesis untuk melontar objek ke arah musuh atau menggunakan dinding untuk melancarkan kombo di udara.

Tags: Ananta
ShareTweetSend
Previous Post

Taman Tema Dragon Ball Bernilai RM28 Bilion Sedang Diusahakan Oleh Perancis & Arab Saudi

Next Post

HoYoverse Umum ‘Nodusfall’ – Tinggalkan Visual Anime Untuk Grafik Ultra Realistik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
HoYoverse Umum ‘Nodusfall’ – Tinggalkan Visual Anime Untuk Grafik Ultra Realistik

HoYoverse Umum ‘Nodusfall’ - Tinggalkan Visual Anime Untuk Grafik Ultra Realistik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd