Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Nitro 16 baru mendarat di Malaysia, harga bermula RM5799!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 9, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Promosi, Teknologi
0 0
0
Acer Nitro 16 baru mendarat di Malaysia, harga bermula RM5799!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini mengumumkan peranti terbaru untuk siri laptop gaming mereka, iaitu Acer Nitro 16 yang dilengkapi dengan teknologi terkini untuk menyediakan pengalaman tercanggih untuk para gamer kasual dan golongan pelajar.

Kredit: Acer Malaysia

Dilengkapi dengan cip pemproses AMD Ryzen siri 7000 HS dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 40, Acer Nitro 16 menyediakan prestasi handal untuk para gamer kasual. Bersama dengan SSD 1TB dan RAM DDR5 5600Hz 32GB, ia direka untuk membawa prestasi gaming ke tahap baharu.

Selain itu, paparan IPS WQXGA 16 inci-nya datang dengan kadar segar semula 165Hz dan kawasan paparan yang 5% lebih besar, untuk meningkatkan ruang tontonan. Dengan gabungan cabutan kuasa sehingga 175W, Nitro 16 sepatutnya dapat memberi prestasi maksimum dalam gaming.

Kredit: Acer Malaysia

Daripada aspek penampilan, Acer Nitro 16 adalah laptop yang bergaya. Di bahagian luar, ia datang dengan reka bentuk yang licin dan moden dengan aksen warna yang menarik. Di dalam casis, gris haba cecair logam di atas cip pemproses meningkatkan kecekapan pemindahan haba antara cip pemproses dan paip haba, yang turut meningkatkan sistem penyejukkan.

Laptop ini turut datang dengan papan kekunci RGB 4-zon yang bersertakan kunci khusus NitroSense untuk mengawal perkakasan dalaman manakala kunci “mode” baharu membolehkan para gamer untuk bertukar di antara empat mode dengan menggunakan satu kunci sahaja. Pengguna memiliki ruang yang luas untuk navigasi tepat tanpa menggunakan tetikus di atas ruang meja yang terhad dengan pad sentuh berukuran 125.0mm x 76.7mm.

Harga dan ketersediaan

Kredit: Acer Malaysia

Tersedia segera di kedai konsep Acer di seluruh negara, Acer Nitro 16 dijual pada harga bermula dari RM 5,799.

Sempena kempen Acer Day, pelanggan yang membeli Acer Nitro 16 sebelum 17 Ogos 2023 akan menerima Tetikus Gaming Cestus 335 dan Beg Galas Urban Gaming Predator V2 bernilai lebih dari RM500.

Selain itu, pelanggan berhak menebus kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM250 dan berpeluang memenangi hadiah bulanan dengan jumlah hadiah sehingga RM100,000 melalui www.a-redemption.com.

Tags: acer malaysiaAcer Nitro 16
ShareTweetSend
Previous Post

Penggambaran Sonic the Hedgehog 3 Akan Diteruskan Walaupun Tiada Pelakon Sebenar

Next Post

Honkai Star Rail: Fakta Menarik Tentang Kafka — Stellaron Hunter yang Memikat Hati Pemain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Honkai Star Rail: Fakta Menarik Tentang Kafka — Stellaron Hunter yang Memikat Hati Pemain!

Honkai Star Rail: Fakta Menarik Tentang Kafka -- Stellaron Hunter yang Memikat Hati Pemain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd