Hari ini, COVER Corporation mengumumkan bahawa Hololive Indonesia Gen 3 akan menerima penampilan baharu, yang bakal dipamerkan menerusi siaran langsung istimewa pada 15 Ogos 2023.
Untuk menyambut Bulan Kemerdekaan Indonesia, Kaela Kovalskia, Vestia Zeta, dan Kobo Kanaeru, bakat Hololive Indonesia generasi ke-3 , akan menunjukkan rupa baharu
mereka sempena acara bersejarah itu. Selain itu, siaran langsung itu juga akan merangkumi pelbagai kandungan dan pengumuman lain dari setiap bakat.
Berikut adalah pengenalan kepada ketiga-tiga ahli tersebut termasuk bio dan jadual siaran langsung untuk perubahan penampilan:
Kaela Kovalskia
Bio: Selepas mengambil alih kerja menempa besi daripada gurunya yang hebat, Kaela merasakan hidupnya kurang seronok. Jadi, dia memutuskan untuk membebaskan diri dan memulakan perjalanan untuk mencari bahan-bahan yang jarang ditemui, salah satunya dikhabarkan berada di bawah bangunan kumpulan ido tertentu di bandar.
Dia juga suka mencabar dirinya sendiri dan mempunyai rasa yang pelik berkaitan makanan!
Jadual: Selasa, 15 Ogos 2023, 8PM
Hashtag: #kaelalalala
Vestia Zeta
Bio: Dia ialah rekrut misteri ke-7 untuk Secret Archive Unit yang mempunyai lesen penuh untuk mengumpul data maya. Walaupun dia seorang rookie yang penuh potensi dan juga dikenali dengan nama kod V.7, Vestia akan menjadi kekok apabila rancangan tidak berjalan dengan tepat mengikut manual.
Pada mulanya, ia adalah misi sunyi untuk menyusup ke dunia maya, tetapi kini dia telah menemui keselesaan di sini. Adakah misi ini akan membawanya ke takdir baharu…?
Jadual: Selasa, 15 Ogos 2023, 9PM
Hashtag: #ZetaHenshin
Kobo Kanaeru
Seorang gadis riang yang tinggal di bilik paling atas dalam rumah api, Kobo sebenarnya adalah keturunan shaman hujan terkuat di kawasan itu. Dia mempunyai potensi besar untuk mengawal hujan, tetapi tidak suka melakukannya sebagai tugas. Untuk mendapatkan semula gelaran Rain Master, dia perlu membuktikan kepada keluarganya bahawa dia boleh mengekalkan perkhidmatan shaman hujan mereka. Dia bukan sahaja perlu berlatih setiap hari, tetapi dia juga perlu menggunakan beberapa jenis strategi pemasaran maya untuk berjaya!
Jadual: Selasa, 15 Ogos 2023, 10PM
Hashtag: #KoboBlueBlood
Untuk maklumat lanjut tentang bakat-bakat hololive Indonesia, anda boleh melayari laman web rasmi mereka. Untuk membaca segala info kami tentang Vtuber, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post