SEGA telah mengumumkan bahawa Cygames telah melepaskan versi baharu untuk Granblue Fantasy: Relink, yang memperkenalkan boss battle baharu yang mencabar, menampilkan Lucilius, Astral yang mempunyai kuasa yang besar dan juga beberapa penambahbaikan pada game tersebut.
Versi 1.1.1 menampilkan quest dengan kesukaran Proud baharu, The Final Vision, di mana pemain akan menyertai Supreme Primarch Sandalphone dalam pertarungan menentang musuh hebat, Lucilius.
Sebagai tambahan, kandungan berbayar tambahan seperti emote dan pek item untuk menguatkan watak dan senjata juga telah tersedia. Berikut adalah harga untuk setiap kandungan berbayar yang tersedia:
Item | Harga |
Let’s Chat Emote Expansion Set | RM 4 |
Self- Improvement Pack 1 | RM 6 |
Weapon Uncap Items Pack 1 | RM 6 |
Weapon Upgrade Items Pack 1 | RM 6 |
Sigil Upgrade Items Pack 1 | RM 6 |
Seperti yang dinyatakan, pelbagai perubahan turut ditambah pada gameplay untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih baik.
Showcase baharu
Pada 25 April 2024, pasukan dan barisan pelakon Granblue Fantasy: Relink akan mengadakan showcase baharu game untuk kali ketiga! Anda boleh menontonnya melalui saluran YouTube rasmi SEGA. Anda boleh nantikan pelbagai berita baru mengenai game tersebut semasa livestream.
Tentang Granblue Fantasy: Relink
Berlangsung di alam fantasi Sky Realm, game ini menampilkan kempen single-player yang cukup besar dan mode co-op empat pemain. Bina pasukan impian di mana setiap watak mempunyai mekanik pertempuran sendiri yang menghasilkan gaya aksi unik untuk menghadapi pelbagai cabaran di dunia game yang luas.
Game ini sudah boleh dimainkan di PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam. Untuk membaca review penuh kami untuk game ini, boleh klik di sini. Untuk segala liputan mengenainya, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post