Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

God of War Dapat Siri Live Action di Prime Video! Akan Adaptasi Mitologi Norse!

Maira by Maira
December 15, 2022
in Amazon Prime Video, Artikel, Berita, Game, Movie/siri
0 0
0
God of War Dapat Siri Live Action di Prime Video! Akan Adaptasi Mitologi Norse!
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak IP PlayStation telah diumumkan untuk adaptasi siri live action. God of War juga tidak terlepas dengan Prime Video mengesahkan bahawa mereka telah menempah adaptasi live action untuk game tersebut, setelah berita mengenainya keluar pada bulan Mei yang lalu.

God of War is coming. pic.twitter.com/GzbyutRO2k

— Prime Video (@PrimeVideo) December 14, 2022

Siri tersebut akan dihasilkan bersama oleh Sony Pictures Television dan Amazon Studios. Apabila sudah sedia, ianya akan ditayangkan di seluruh dunia.

Menurut sumber, God of War live action akan ditulis oleh Mark Fergus dan Hawk Ostby bersama Rafe Judkins sebagai showrunner. Mengenai adaptasi ini, ianya akan mengadaptasi kisah Kratos setelah dia mengasingkan dirinya daripada masa lampaunya di Greece purba. Senang cerita, kita akan mengikuti kisah seperti game God of War yang dikeluarkan pada 2018.

God of War live action

Kami pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah yang akan memegang watak God of War ini. Malang sekali, barisan pelakon masih belum diumumkan. Tetapi sudah ramai peminat yang membuat andaian serta memberikan cadangan mereka untuk setiap watak untuk siri tersebut. Nampaknya, kita perlu tunggu pengumuman baru mengenainya.

God of War live action

God of War merupakan francais daripada pembangun Santa Monica Studio untuk konsol PlayStation. Game aksi tersebut telah dilancarkan pada tahun 2005 di PS2, yang merupakan entri pertama francais. Anda akan diperkenalkan dengan Kratos serta mengikuti perjalanannya dalam mengubah takdir hidupnya. Game terbarunya, God of War: Ragnarök juga telah memikat hati ramai pemain malah memenangi pelbagai anugerah semasa The Game Awards 2022.

Bukan God of War sahaja IP PS yang mendapat adaptasi. Game lain seperti Horizon Zero Dawn, Gran Turismo, Gravity Rush dan Days Gone juga akan mendapat adaptasi tersendiri. Siri The Last of Us juga akan tersedia pada Januari 2023. Filem Uncharted yang dibintangi Tom Holland juga telah hadir ke pawagam dan platform penstriman.

Agaknya IP mana pula yang akan mendapat adaptasi selepas ini? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: God Of Warlive actionPrime Video
Previous Post

Review MSI Titan GT77 (12UHS) – Prestasi tiada tandingan, laptop berkuasa desktop!

Next Post

Henry Cavill tidak akan kembali sebagai Superman, DC Studio ada rancangan lain

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Henry Cavill tidak akan kembali sebagai Superman, DC Studio ada rancangan lain

Henry Cavill tidak akan kembali sebagai Superman, DC Studio ada rancangan lain

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd