Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2026
in Action, Artikel, Berita
0 0
0
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Share on FacebookShare on Twitter

Shift Up telah memuat naik klip baru untuk game sekuel Stellar Blade: BLOODRAIN, yang datang dalam bentuk video muzik rasmi (bertajuk “Wanna Be in LOVE“). Kami dikenalkan semula kepada protagonis baharu Evie, tetapi nampaknya penggunaan AI dalam video ini pula menarik perhatian ramai di media sosial.

Dalam video tersebut, Evie menyanyi sambil bersiar-siar di kota. Penonton turut dihidangkan dengan suasana kehidupan seharian watak ini… seperti menaiki pengangkutan awam, menikmati makanan, dan singgah di kedai-kedai tempatan.

Tetapi apa yang unik adalah video ini menggunakan konsep “di sebalik tabir” yang kreatif. Kru kamera, juruteknik, dan pengarah nampaknya berada di set penggambaran sambil berinteraksi dengan watak CGI tersebut, lantas membuatkan Evie seperti seorang pelakon sebenar.

Walaupun ramai peminat memuji karisma Evie serta lagunya yang catchy, video ini serta-merta meperdebatan di forum gaming dan media sosial tentang penggunaan visualnya.

Notis pada penghujung video mengesahkan bahawa ia dihasilkan menggunakan “game asset” serta sokongan AI daripada unit dalaman Shift Up, iaitu “AI Labs” dan “Second Eve Studio.” CEO merangkap pengarah game Shift Up, Kim Hyung-Tae, menyokong penggunaan teknologi AI untuk membantu meningkatkan kecekapan produksi studio. Namun begitu, kebergantungan terhadap AI dalam visual video ini membahagikan pandangan komuniti gamer… terutamanya tentang sejauh mana AI sepatutnya menggantikan sentuhan sebenar pembangun game.

Apa Yang Kita Tahu tentang Stellar Blade: BLOODRAIN

Pertama kali diumumkan di Summer Game Fest pada Jun 2026, Stellar Blade: BLOODRAIN merupakan “standalone sequel” kepada game action-adventure popular Stellar Blade yang dilancarkan pada tahun 2024.

Sekuel ini mengalihkan tumpuan daripada heroin asal Eve dengan memperkenalkan Evie. Beliau merupakan ahli skuad yang ditugaskan untuk memburu kumpulan pengganas. Sistem combat turut beralih daripada pertarungan pedang kepada aksi hand-to-hand pantas.

Stellar Blade: BLOODRAIN kini dalam fasa pembangunan aktif, dan Shift Up dijangka mengumumkan platform rasmi serta tarikh pelancaran dalam acara pembentangan akan datang.

Tags: Stellar Blade: BLOODRAIN
ShareTweetSend
Previous Post

BLUE REFLECTION Quartet Boleh Didapati Sekarang Di PC & Konsol – Empat Game Dalam Satu Bundle

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BLUE REFLECTION Quartet Boleh Didapati Sekarang Di PC & Konsol – Empat Game Dalam Satu Bundle
Berita

BLUE REFLECTION Quartet Boleh Didapati Sekarang Di PC & Konsol – Empat Game Dalam Satu Bundle

July 31, 2026
Remaster Kepada Sebuah FPS Ikonik! Sudden Attack Zero Point Tersedia Sekarang Di Steam!
PC

Remaster Kepada Sebuah FPS Ikonik! Sudden Attack Zero Point Tersedia Sekarang Di Steam!

July 31, 2026
SEGA Akan Buka Kedai Flagship Pertama Di Osaka Pada Oktober 2026
Berita

SEGA Akan Buka Kedai Flagship Pertama Di Osaka Pada Oktober 2026

July 31, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd