Nexon telah rasmi melancarkan Sudden Attack Zero Point di Steam secara Early Access. Game PC free-to-play ini merupakan remaster kepada Sudden Attack, sebuah tactical shooter yang cukup ikonik pada era 2005 ke atas, yang sekarang tampil dengan visual serba baharu, sistem customization senjata yang lebih luas, serta aksi gunplay seronok.
Menurut pembangun, Sudden Attack Zero Point cuba setia dengan gameplay twitch-shooter yang membuatnya menjadi fenomena di Asia. Setiap pusingan berlangsung secara pantas, memerlukan tembakan tepat, posisi bijak, dan reaksi sekelip mata tanpa memerlukan peta yang terlalu luas.
Fasa Early Access ini memberi pelbagai pembaharuan menarik:
- Lebih 200 pilihan komponen membolehkan pemain melaras recoil, kelajuan reload, dan rupa paras bagi 13 senjata utama serta 4 senjata sampingan.
- Practice Mode disediakan dengan mod Shooting Range dan Bot Deathmatch untuk pemain menguji gandingan attachment senjata dan mengasah tembakan sebelum masuk ke perlawanan sebenar.
- The Black Market ialah pasaran jual beli sesama pemain untuk bertukar skin senjata, komponen, dan crate yang diperoleh daripada perlawanan demi melengkapkan loadout.
- Menampilkan 10 watak serta 7 peta untuk mod Close-Quarters Battle (CQB) dan Bomb Defusal termasuk lokasi ikonik seperti 3rd Supply Base dan Provence, serta peta baharu City Cat. Perlawanan Ranked pula boleh diakses sebaik sahaja pemain mencapai Account Level 9.
Untuk meraikan pelancaran di Steam, Nexon menganjurkan acara Daily Login Event bermula 30 Julai hingga 12 Ogos 2026. Pemain yang log masuk setiap hari boleh menerima 3 Key Card percuma untuk membuka loot crate yang dimenangi semasa bermain.
Game ini bermula dengan fasa “Pre-Season” yang menampilkan peta City Cat serta komponen senjata Epic ‘Sandstorm’. Nexon merancang untuk mengekalkan fasa Early Access selama kira-kira enam bulan, sebelum melancarkan Season 1 mengikut maklum balas komuniti. Update seterusnya turut akan mengenalkan Clan System dan mod permainan baharu.
Pemain di Malaysia boleh memuat turun Sudden Attack Zero Point secara percuma di Steam hari ini!








Discussion about this post