Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Gran Turismo akan ditayangkan pada 11 Ogos 2023, kisahkan cerita sebenar!

safwan by safwan
June 15, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Sukan/lumba
0 0
0
Filem Gran Turismo akan ditayangkan pada 11 Ogos 2023, kisahkan cerita sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Terbaru! Gran Turismo mendapat adaptasi filem yang dijadualkan akan tayang pada 11 Ogos 2023 berlatarkan kisah sebenar. Anda jangan terasa pelik kerana sebelum ini, terdapat pendedahan yang game popular daripada Sony akan mendapat adaptasi live action termasuk God of War dan Horizon Zero Dawn.

The GRAN TURISMO movie is coming out August 11, 2023, directed by Neill Blomkamp.

In the film, a teenage “Gran Turismo” player on PlayStation becomes an actual professional race car driver. pic.twitter.com/O8RVO8nsz9

— The Game Awards (@thegameawards) June 14, 2022

Filem Gran Turismo ini akan berdasarkan cerita sebenar di mana seorang gamer remaja yang suka bermain “Gran Turismo” menggunakan skill gaming-nya untuk memenangi beberapa perlumbaan Nissan sehingga menjadi pelumba kereta profesional sebenar. Ini berkemungkinan besar akan menggunakan cerita seseorang daripada GT Academy yang membolehkan pemain Gran Turismo menyertai pasukan perlumbaan sebenar dari 2018 hingga 2016.

Selain itu, Neill Blomkamp akan terlibat sama dalam membangunkan filem ini sebagai pengarah. Dia sebelum ini pernah mengarahkan filem District 9, District 10, Chappie dan banyak lagi. Turut dibantu oleh Jason Hall sebagai penulis skrip manakala Asad Qizilbash, Carter Swan, Doug Belgrad dan Dana Brunetti daripada PlayStation Productions akan turut terlibat sama dalam filem ini.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Gran Turismo merupakan game racing eksklusif yang boleh dimainkan di PlayStation. Dikeluarkan pada tahun 1997, game ini terus mencipta nama dalam industri dan melancarkan siri baharu iaitu Gran Turismo 7 pada awal tahun ini.

Buat masa sekarang, tidak banyak maklumat yang didedahkan tentang filem ini. Namun dengan mendapat tarikh tayangan pada tahun hadapan, mungkin filem ini telah lama dibangunkan oleh mereka cuma tidak didedahkan awal. Filem Gran Turismo akan ditayangkan pada 11 Ogos 2023 tetapi kami tidak pasti sama ada ianya masuk ke Malaysia atau tidak.

Harapnya, mereka akan memberikan lebih banyak maklumat berkaitan filem Gran Turismo dalam masa terdekat. Jadi, apa pendapat korang tentang filem ini? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang Gran Turismo, sila klik pautan ini.

Tags: Filem Gran TurismoGran Turismo
Previous Post

Overwatch 2 Beta akan mula pada 28 Jun! Boleh mula daftar 16 Jun ini!

Next Post

Filem Dragon Ball Super: Super Hero akan keluar di Malaysia pada 30 Ogos

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Filem Dragon Ball Super: Super Hero akan keluar di Malaysia pada 30 Ogos

Filem Dragon Ball Super: Super Hero akan keluar di Malaysia pada 30 Ogos

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd