Kuro Games rasmi mengumumkan Wuthering Waves: Elysium, sebuah siri animasi baharu berdasarkan game free-to-play open-world action RPG mereka, Wuthering Waves.
Siri animasi ini akan dihasilkan oleh Kuro Onroad, sebuah divisyen animasi dalaman yang baru sahaja ditubuhkan di bawah Kuro Games. Langkah menubuhkan Kuro Onroad membolehkan Kuro Games mengekalkan kawalan kreatif terhadap aspek watak, dunia, serta naratif permainan ketika diterjemahkan ke skrin, tanpa perlu menyerahkan kerja adaptasi tersebut kepada studio animasi luar.
Wuthering Waves: Elysium akan menjadi projek sulung buat Kuro Onroad. Melalui struktur ini, pasukan produksi dapat memanfaatkan pengalaman mereka dalam menghasilkan “cinematic cutscene”, lalu membawakan kualiti visual tersebut ke dalam format siri episod.
Trailer pengumuman mempamerkan gaya animasi 3D yang dipadankan dengan latar belakang lukisan tangan 2D. Babak awal memfokuskan kepada Cartethyia (guardian resonator bagi wilayah Rinascita) yang dilihat sedang berjalan di pantai.
Di penghujung teaser pula, barisan watak lain pun muncul termasuklah watak-watak kegemaran ramai seperti Jinhsi, watak yang baru diperkenalkan iaitu Yangyang: Xuanling, serta Aemeath.
Setakat ini, Kuro Games masih belum mendedahkan tarikh tayangan, jumlah episod, platform siaran, mahupun plot untuk Wuthering Waves: Elysium. Sama ada siri ini akan mengadaptasi jalan cerita utama atau kisah sampingan dalam semesta permainan tersebut, semuanya masih belum dipastikan.









Discussion about this post