Majalah Saikyō Jump terbitan Shueisha mengumumkan bahawa siri manga baharu bertajuk “Digimon Eggs” bakal memulakan terbitan pada akhir tahun ini.
Khususnya, manga ini dijadualkan kelar pada 3 Oktober. Karya ini dihasilkan oleh Ayumu Minato, nama yang tidak asing lagi dalam komuniti Digimon. Beliau sebelum ini pernah menghasilkan Digimon Paradox (karya yang mendapat pengiktirafan “honorable mention” di Digimon Comic Award 2023; serta manga one-shot berjudul Digimon Believers. Melalui media sosial, Minato berkongsi keterujaannya terhadap projek ini dan berjanji akan memberikan usaha terbaik bagi menyajikan kisah bulanan yang menghiburkan buat pembaca.
Digimon Eggs mengisahkan seorang budak lelaki yang sedang menyiapkan projek penyelidikan tentang Digimon. Kehidupannya berubah selepas pertemuan tidak sengaja dengan seekor Digimon misteri, lalu memulakan pengembaraan mereka.









Discussion about this post