Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Henry Cavill tidak akan kembali sebagai Superman, DC Studio ada rancangan lain

safwan by safwan
December 15, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Henry Cavill tidak akan kembali sebagai Superman, DC Studio ada rancangan lain
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sebulan memegang jawatan baharu di DC Studio, James Gunn dan Peter Safran telah banyak meluangkan masa bersama untuk merangka pelan besar untuk DC Universe. Baru sahaja dikongsikan oleh James Gunn di mana dia bersama Peter Safran telah mempunyai pelan yang lengkap untuk projek masa hadapan DC Studio dan tidak akan menampilkan Henry Cavill sebagai Superman.

Peter & I have a DC slate ready to go, which we couldn’t be more over-the-moon about; we’ll be able to share some exciting information about our first projects at the beginning of the new year.

— James Gunn (@JamesGunn) December 15, 2022

Di dalam kenyataan yang ditulis oleh James di Twitter mengatakan yang dia tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut mengenai pelan ini buat masa sekarang. Namun, mereka telah bersedia untuk mengongsikan maklumat lebih lanjut mengenai projek pertama pada awal tahun 2023 nanti.

Walau bagaimanapun, dia mengatakan yang Superman adalah salah satu projek yang ada dalam senarai pelan tersebut. Malangnya, Henry Cavill tidak akan berlakon sebagai Superman dalam filem ini kerana mereka ingin mengisahkan kehidupan awal Superman. Filem ini sedang ditulis oleh James Gunn sendiri.

Melalui perkongsian Henry Cavill di Instagram-nya, dia mengatakan yang terdapat berita sedih untuk diumumkan di mana Henry Cavill tidak akan berlakon sebagai Superman lagi.

Saya baru sahaja mengadakan pertemuan dengan James Gunn dan Peter Safran dan ia adalah berita yang menyedihkan. Saya tidak akan kembali sebagai Superman. Selepas diberitahu oleh studio untuk mengumumkan kepulangan saya pada bulan Oktober. Berita ini bukanlah yang paling mudah, tetapi itulah kehidupan.

James dan Peter mempunyai universe untuk dibina. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan semua yang terlibat dengan universe baharu, dan semoga berjaya.

Membuat keputusan untuk reboot DC Universe secara keseluruhan adalah keputusan yang agak sukar bagi mereka dengan membatalkan semua perancangan yang telah siap sebelum ini dan tidak mengambil pelakon yang ikonik untuk memainkan watak tersebut.

Apapun, saya sebenarnya sangat teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang perancangan dan pelan besar James Gunn dan Peter Safran mengenai DC Universe pada masa akan datang. Harapnya, pelan besar ini dapat menghidupkan DC Universe seperti yang diharapkan oleh para peminat.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: DC StudioDC Universehenry cavillJames GunnPeter SafranSuperman
Previous Post

God of War Dapat Siri Live Action di Prime Video! Akan Adaptasi Mitologi Norse!

Next Post

RE: Village VR mode sebagai DLC percuma di PS VR2!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
RE: Village VR mode sebagai DLC percuma di PS VR2!

RE: Village VR mode sebagai DLC percuma di PS VR2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd