Bandai Namco telah berkongsi maklumat baharu untuk game aksi mobile akan datang mereka, BLEACH Mirrors High. Akan dilancarkan di iOS dan Android pada tahun ini, trailer di bawah menunjukkan sistem combatutama, ciri ubah suai watak serta senjata, serta barisan watak baharu yang direka khas oleh pencipta Tite Kubo.
Cipta Shinigami Unik Anda
Fokus utama BLEACH Mirrors High adalah untuk memberikan kebebasan kepada pemain meneroka dunia francais ini melalui pelbagai pilihan customization.
- Ubah Suai Avatar: Pemain boleh mencipta dan melaras penampilan watak dari awal. Game ini menyediakan pilihan customization terperinci termasuk gaya rambut, struktur muka, bentuk badan, dan bentuk mata, bersama palet warna yang luas.

- Ubah Suai Zanpakuto: Selain rupa fizikal avatar, senjata Zanpakuto juga boleh diubah suai. Pemain boleh melaras bahagian bilah, pelindung, hulu, visual, sehinggalah ke kesan elemen khas mengikut cita rasa sendiri.

Sistem Combat Kad yang Pantas dan Taktikal
Sistem combat BLEACH Mirrors High direka agar dinamik, pantas, dan memerlukan strategi. Pemain akan membentuk sebuah pasukan yang dianggotai oleh tiga karakter dan watak menggunakan sistem aksi berasaskan kad.

- Action Card: Serangan dilancarkan dengan memilih kad dari tangan pemain secara real-time, yang memerlukan keputusan taktikal pantas.
- Chain dan Link Attack: Kombinasi serangan biasa yang dilakukan berturut-turut boleh menghasilkan “Link Attack” yang bukan sahaja memberikan damage tinggi, malah hadir dengan animasi yang gah.
- Soul Drive: Melalui kombinasi kad tertentu, pemain boleh melancarkan serangan khas atau mengaktifkan “Soul Drive”; iaitu serangan kombinasi di mana ketiga-tiga ahli pasukan menyerang musuh secara serentak.
Naratif Baharu Selepas Thousand-Year Blood War
Jalan cerita game ini berlaku selepas peristiwa Thousand-Year Blood War. Kisah bermula di Karakura Town apabila satu entiti roh misteri terjaga dari lena. Pemain akan memulakan pengembaraan sebagai seorang Shinigami baharu di samping watak ikonik siri ini seperti Ichigo Kurosaki, Kuchiki Rukia, dan Abarai Renji.
Naratif turut memperkenalkan tiga Shinigami baharu yang direka khas oleh Tite Kubo, lengkap dengan lakon suara penuh:
- Naru Jurinna (Disuarakan oleh Fuka Izumi)
- Giro Hando (Disuarakan oleh Shogo Batori)
- Maiko Tokishima (Disuarakan oleh Yu Sasahara)

BLEACH Mirrors High akan ditawarkan secara free-to-play dengan sokongan pembelian dalam aplikasi. Game ini dijangka keluar pada tahun ini.









Discussion about this post