Pada peminat Apex Legend sudah semestinya korang tahu dengan watak Gibraltar. Gibraltar dipanggil sebagai kubu pertahanan “Shielded Fortress” di paparan pilihan Apex Legends. Kebanyakan kebolehan Gibraltar adalah mengunnakan perisainya untuk menyerap kerosakan dan menghalang skuad lain dari mendekati skuad korang. Jadi jelas Gibraltar sangat diperlukan untuk setiap perlawanan untuk menjadi sandaran pabila skuad perlu menyembuhkan diri dan berundur.
Semalam terjadinya satu ‘glitch’ di dalam Apex Legends yang menyebabkan pemain eksploitasi dimana-mana! Nampak macam serius, tetapi tak mengapa sebab glitch yang terjadi ini membuat kan pemain rasa geli hati dengan keseronokan yang maximum. Apa yang membuatkan Apex Legends jadi riuh ni? Bukan bahu atau lutut Gibraltar yang menjadi pelik, rupanya glitch ni terjadi kepada ‘Perisai Gibraltar‘ yang sepatutnya menjadi pertahanan untuk skuad, kini menjadi perisai yang boleh melompat seperti ‘Pad lompat Octane‘ dan mengeluarkan menara ‘Perangkap Gas Caustic‘.
Sebenarnya senang sahaja nak lakukan benda hebat ni dekat perisai Gibraltar. Pemain watak Gibraltar hanya perlu mengeluarkan perisai mereka secara menerus. Kemudian pemain bagi watak Octane ataupun Caustic hanya perlu membaling item mereka (lebih senang jika dibaling dari atas) ke perisai Gibraltar. Item-item itu akan terus melekat di perisai itu sehingga Gibraltar menyimpan semula perisainya.
Keadaan menjadi lagi menarik kerana ‘Pad Lompat Octane’ bukan sahaja akan melekat pada perisai Gibraltar, ia juga akan melancarkan perisai tersebut. Pemain Gibraltar hanya perlu menunjuk kearah bawah, secara automatik perisai si sado Gibraltar melompat-lompat seperti ‘pinball‘.
Tetapi sebagai pemain watak Gibraltar, korang tak boleh nampak apa yang melekat di perisai Gibraltar tu, hanya pemain yang lain (first person) dapat menggembirakan hati melihat apa yang melekat di perisai itu dan menikmati perjalanan korang yang terlompat-lompat itu.
Jadi sebelum pihak Respawn Entertainment membetulkan glitch tersebut, korang boleh la merasa pengembaraan Gibraltor bersama perisainya yang boleh melompat tu selagi boleh ye.
Sumber: GamesRadar, Youtube-Kory Webster, Twitch-Darkzama
@gamersantaimy
Discussion about this post