CAPCOM telah mengesahkan tarikh keluaran Monster Hunter World dan kerjasama antara Witcher 3, Geralt of Rivia kini dijadualkan pada pada bulan hadapan, iaitu 9 Mei. Ia mempunyai misi jalan cerita yang penuh, di mana korang dapat bermain sebagai Giralt dari siri The Witcher serta raksasa baru dari dunia Monster Hunter, iaitu Leshen.
Terdapat juga beberapa perks yang boleh korang grind. Pemain boleh unlock Geralt, Ciri dan Nekkers yang untuk melawan, atau menangkap untuk menukar dengan Palico korang. Antara content terbaru akan datang dalam kolaborasi ini:
- Bermain sebagai Geralt of Rivia. Melakukan quest yang mengandungi elemen-elemen RPG dalam “The Witcher 3: Wild Hunt” dan menyelesaikan misteri sebagai pemburu raksasa!
- Pengakhiran quest ini bergantung kepada progres pemain melakukan objektif-objektif sampingan.
- Habiskan special assignment untuk mendapatkan item spesial, gesture, card guild baharu serta poses.
- Pemain juga boleh dapatkan materials untuk craft perisai Geralt dan pedang Silver dari Witcher.
- Special assignment “Contract: Trouble in the Ancient Forest” adalah single player quest sahaja di mana korang boleh bermain sebagai Geralt.
Mereka yang ingin bermain multiplayer untuk Witcher bagaimanapun, perlu menunggu lebih lama. Mulai 17 Mei, pemain dapat mencuba quest Contract: Woodland Spirit. Ini hanya ditujukan untuk pemain yang berada di HR50 atau lebih tinggi, dan set ciri perisai penuh dan Dual Blades akan disediakan sebagai ganjaran. Kolaborasi Monster Hunter World dan The Witcher adalah terhad, dan ia akan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bermain sebagai Giralt, sebab ini hanyalah limited time!
Sumber: Steam Capcom
@gamersantaimy
Discussion about this post