Update terbaru PUBG untuk Xbox dan PS4 telah meletakkan game tersebut dalam keadaan yang sangat-sangat teruk! Update itu sangat teruk sehingga ia merosakkan banyak aspek dalam game. Crash, Bug, dan Poor Performance memang ada pada pengalaman setiap pemain konsol PUBG, terutamanya pada awal-awal keluaran PUBG. Isu yang disebut mengambil tempoh yang sangat lama untuk dibaiki sehingga pemain PUBG yang bengang tuh pun gelak-gelak lihat betapa terukknya support servis bantuan PUBG. Jadi ini antara isu pada update terbaru:
ISU RANTAU
Sebuah isu mengenai pemain diletakkan pada rantau yang salah sepatutnya dibaiki pada update ini. Malangnya isu ini masih kekal di mana pemain daripada Eropah diletakkan di lobi pemain Amerika Utara.
Perkara ini menyebabkan lag yang tinggi dan membuat pengalaman bermain yang buruk untuk kedua-dua belah pihak yang terlibat. Selain daripada itu, isu ini tak sepatutnya ada kerana server EU sudah mempunyai bilangan pemain yang cukup untuk memenuhi lobi bagi setiap perlawanan.
Um…Complete? Nah. This is with an SSD. #PubG #Xbox #PubGUpdate #GarbageSauce pic.twitter.com/PuSdF4ROr3
— Jerry Miller (@TheJerryMiller) April 9, 2019
KONFIGURASI BAGI CONTROLLER DI-RESET
Ini mungkin isu paling stress kot di dalam update terbaru, walaupun ada quick fix. Untuk apa entah alasan, mungkin daripada kecuaian ketika testing, setiap controller pemain telah di-reset kepada default.
Ini bermaksud setiap pemain sedang menggunakan konfigurasi ‘TYPE A’. Isu ini menyebabkan stress yang melampau kepada para pemain kerana mereka berfikir PUBG atau controller mereka sudah rosak.
Frame drops
Isu yang sama juga besar ialah pemain melaporkan frame drop yang melampau. Frame Drop ini sering berlaku selepas mendarat dengan beberapa orang berkata bahawa game akan ‘freeze’ sampai tiga saat.
Seorang pengguna Reddit, bertusch berkata “FPS akan jatuh kalau model pemain berubah.” Sebagai contoh ketika equip helmet, vest, jatuh daripada parachute dan sebagainya. Perkara ini akan berlaku di mana-mana map.
Tiada maklum balas rasmi mengenai update ini daripada Bluehole buat masa ini. Walaupun prestasi PUBG sangat buruk, komunikasi mereka bersama pemain sebenarnya sangat hebat. Kami harap untuk dengar respon mereka secepat mungkin dan doa agar ‘FIX’ pun akan susul sekali.
Sumber – dexerto
@gamersantaimy
Discussion about this post