Siapa sangka, dalam GameStart 2019 kami dapat menemuramah beberapa orang besar dalam industri seperti pegasas GameStart sendiri Elicia Lee, CEO Arch System Works- Minoru Kudooka, Veteren terkenal dari Square Enix – Takashi Tokita, dan Penganjur Sea Major iaitu Mr Koh Yung Tek! Satu lagi yang kami tidak melepaskan peluang untuk menemuramah sebentar tadi di GameStart merupakan seorang anak tempatan dari Klang Malaysia, yang membawa nama dalam syarikat yang besar Koelnmesse Pte Ltd juga merupakan penganjur utama bagi Gamescom Asia tahun hadapan iaitu Mr. Prakash Ramajillu!!!
Iya kami berkesempatan untuk menemuramah beliau bagi mengetahui pekara lebih lanjut mengenai Gamescom Asia yang bakal hadir di Suntec Singapura 16-18 Oktober tahun hadapan! Kali terakhir acara besar Gamescom yang sering berada di Jerman ini dan kali ini dilakukan versi asia adalah pada Mei lalu. Jadi jom kita mulakan perkongsian temuramah kami bersama Mr. Prakash Ramajillu yang merupakan Pengarah Division- Teknologi, DigitalMedia, Hiburan & Mobiliti di Koelnmesse Pte Ltd.
Tapi mohon maaf kami ingin menyatakan, rakaman temuramah ini hanyalah melalui versi audio atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Jadi yang pertama menjadi soalan kami kepada Mr. Prakash adalah perasaanya (juga Koelnmesse) mengenai acara Gamescom Asia yang akan diadakan ini dan beliau menyatakan hampir 2 tahun perancangan ini dan kini ianya akan menjadi dan sudah semestinya mereka menjadi terlalu teruja. Menjadi penerus untuk acara gaming disini selepas GameStart, banyak potensi dan prospek yang dapat dilihat untuk menjadikan Gamescom Asia sesuatu yang besar!
Diteruskan pula dengan perkongsian bahawa mereka akan mencuba bawa lebih banyak rangkaian global yang besar dari dunia gaming seperti Bandai Namco, Ubisoft, Square Enix dan banyak lagi untuk Gamescom Asia. Dan yang menariknya, Razer merupakan salah satu nama besar dalam dunia gaming yang telah pun pasti akan hadir di Gamescom Asia untuk menjadi rakan kongsi dalam acara esports!
Kami turut bertanyakan mengenai bagaimana mereka membuat keputusan untuk menarik acara besar ini ke prasada Asia. Beliau menyatakan bahawa untuk global terlalu banyak acara besar seperti E3, Gamescom, ChinaJoy, Tokyo Game Show, kesemuanya bertujuan dan ini juga peluang kepada Asia Tenggara untuk membawa Gamescom bagi mempamerkan bakat, kebolehan, permainan dari seluruh dunia kesini. Dan untuk tahun yang pertama, sudah semestinya ini akan menjadi perhatian dan tidak boleh mengandaikan apa yang akan terjadi.
Kemudian kami bertanyakan mengenai adakah Gamescom Asia akan menjadi sebesar Gamescom di Jerman, dan dalam perkongsianya, mereka akan mengambil seluruh hall 4 di Suntec. Mereka akan menjadikanya lebih realistikdan pastikan apa yang dibuat dengan betul untuk tahun pertama ini. Yang paling penting, Gamescom Asia bukan hanya ada B2C mandiri, tetpi akan ada B2B yang besar! Satu persidangan akan diadakan pada 2 hari pertama dan kami akan mempunyai ruang mesyuarat, bagi syarikat-syarikat yang berminat dengan sisi B2B. Ini adalah salah satu perkara, faktor pembezaan besar berbanding peristiwa lain di rantau yang lebih fokus B2C.
Seperti yang sudah diberitahu diatas tadi, Razer akan menjadi salah satu rakan penganjur bagi melaksanakan acara esports didalam Gamescom Asia. Komponen selebihnya untuk zon esports akan dikongsikan dalam masa 2 bulan lagi. Tapi apa yang pasti, esports di Asia Tenggara lebih fokus kepada platform mobile. Jadi mengikut ekosistem, kemungkinan besar esports platform mobile akan menjadi yang utama. Tetapi tidak terlupa pada platform PC dan konsol yang juga akan dibawa bersama dalam Gamescom Asia. Jadi beliau berharap dengan esports sebegini akan menarik lebih ramai lagi peminat!
Dalam perkongsian Mr. Prakash lagi, Gamescom Asia bakal menjadi sesuatu yang baik dalam rantau ini untuk bidang permainan tertuma dalam sokongan kerajaan tempatan. Disitu mereka dapat membantu pemaju berkembang dan memasarkan produk mereka. Seperti kini yang dapat dilihat seperti Malaysia, Singapura, Vietnam dan banyak lagi, kira-kira pemain besar dan terkenal merupakan dari rantau ini
Jadi, sebelum berakhirnya temuramah kami bersama Mr. Prakash, kami sempat bertanyakan jika ada perkongsian terakhir bagi menggalakan peminat untuk datang beramai-ramai ke Gamescom Asia. Beliau menyatakan walaupun pelbagai lagi perancagan akan diumumkan kelak, kami akan menyediakan suasana yang menyeronokan dan dengan harapan ianya dapat menarik perhatian untuk seluruh dunia hadir. Yang pastinya, kami ingin menjadikanya berbeza dan harap ianya akan terus berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar untuk wilayah ini.
Jadi nantikan menjelang akhir tahun ini untuk lebih maklumat yang mereka akan kongsikan dan pastinya akn membuat semua orang teruja termasuk pasukan kami sendiri!
Sampai disini perkongsian yang dikongsikan oleh Mr. Prakash di GameStart. Kami amat berterima kasih kepada Mr. Prakash kerana meluangkan masa bersama kami seketika untuk berkongsikan maklumat Gamescom Asia. Jadi kunci tarikh anda tahun hadapan, dan ramai-ramai memeriahkan Gamescom Asia di Suntec Singapura! Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini akan kami kemaskini juga dari masa ke semasa. Jadi jangan lupa untuk terus bersama kami dan anda juga boleh melayari laman web rasmi Gamescom Asia untuk lebih lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post